OOO

Sabtu, Mac 20, 2021

CARA MUDAH MENJAGA BARANG KEMAS ANDA

 Barang kemas mestilah dijaga dengan rapi. Bukan mudah untuk mengekalkan kilauan barang kemas dalam jangka masa yang lama. 

Ada sesetengah wanita sangat menitik beratkan penjagaan barang kemas sehingga takut untuk memakainya. Berikut ialah tips untuk selamatkan barang kemas anda.


1. Jangan Sembur Pewangi Pada Emas.

Minyak wangi boleh memudarkan emas. Elakkan terkena barang kemas semasa menyembur minyak wangi.


2. Simpan Ditempat Khas.

Simpan emas didalam kotak khas bagi mengekalkan kualiti dan kilauannya. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari dan simpan didalam suhu bilik. Sebaiknya balut emas didalam kain untuk mengelakkan daripada calar.


3. Elakkan terkena peluntur.

Elakkan barang kemas terkena peluntur kerana bahan kimia dalam peluntur boleh merosakkan barang kemas. Dalam jangka masa yang panjang boleh memutuskan barang kemas. Ish rugi nye kalau barang kemas terputus.


4. Jangan Pakai Emas Ketika Mandi.

Sebaiknya elakkan memakai emas ketika mandi kerana bahan kimia dari sabun dan shampoo boleh memudarkan emas.


5. Kurangkan Mencuci Atau Mengilap Barang Kemas Di Kedai.

Sebaiknya lakukan sendiri dirumah atau hantar dikedai sekadar perlu sahaja. Jika kerap mencuci emas dikedai akan mempengaruhi berat kemas kerana permukaannya dikikis sedikit.


6. Berhati – Hati Ketika Mandi Kolam.

Jika anda kerap mandi kolam dan melakukan aktiviti air, elakkan memakai emas kerana bahan kimia didalam klorin boleh memudarkan emas. Periksa juga cangkuk barang kemas agar ketat kerana emas boleh tercicir didalam arus deras air.

2 ulasan:

  1. Susah juga nak jaganya. Patutlah barang kemas saya nampak pudar...

    BalasPadam
  2. Oooo macamtu rupanya untuk elakkan emas jadi pudar..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...