OOO

Selasa, Julai 27, 2021

KERIA GULA MELAKA SEDAP

Assalammualaikum semua

Kalau nak buat kueh keria jangan buh tepung gandum banyak tau. Rasanya akan kurang dan keras teksturnya. 

Lagi satu kalau boleh cari keledek oren, lagi sedap dari yang putih. 



Bahan-bahan 

1/2 kg keledek oren/putih
1 sudu besar tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

sedikit baking powder

Cara Menyediakannya
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi, baking powder dan tepung gandum. 
Uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Ambil doh, bulat dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk. 


Untuk Menyalut Keria
2 sudu besar gula pasir
1/2 gula melaka-potong kecil
5 sudu besar air

Cara-caranya
Panaskan air bersama gula melaka, gula pasir, gula Batu dan air. 
Kacau dengan api sederhana sehingga bertali atau pekat, buang daun pandan.
Masukkan keria gaul rata, tutup api dan alihkan dari dapur.
Kacau sehingga gula kering.
Bila gula dah kering, bolehlah di susun dalam pinggan


2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...