OOO

Rabu, Julai 07, 2021

RESEPI KERUTUP DAGING SEDAP

 Assalammualaikum semua

Bila suami wfh kat rumah, kena fikir menu sarapan dan makan tengahari. Selalunya sarapan akak bedal jer roti atau biskut tapi bila darling ada kat umah kenalah bagi makan yang ok.

Kalau boleh breakfast kat luar, memang dalam 2 atau 3 kali makan kat luar jer.

Makan tengahari pun akak ikut mood akak. Bila sarapan sambil tenguk TV adalah pulak show masak. Masak lak kerutup daging cara Pantai Timur buh gula nise.

Akak pernah gak masak kerutup tapi rasa ok jer. Beli Rempah pun dari sana. Last masak guna rempah beli kat Pasar Payang Kuala Terengganu.

Kali ni akak beli secara on9 pelbagai rempah dari Kelantan pulak. Dah tentu termasuk rempah kerutup

BAHAN A

6 biji bawang merah di hiris kemudian goreng dan toskan.


BAHAN UNTUK TUMIS

1 biji bawang merah di hiris 

3 biji bawang putih di hiris

1 inci halia dimayang

1 inci lengkuas di mayang

1 batang kayu manis

1 biji bunga lawang

1 sudu minyak sapi qbb-pilihan kalau tak ada tak apa

1 senduk minyak masak yang goreng bawang tadi. 

2 sudu makan cili kisar

1 paket rempah kerutup Chap Wau

Air secukupnya dalam 1 cawan


BAHAN C

1/2 daging kambing/lembu 

1 sudu makan sos tomato

1 cawan santan

Gula nise/Gula melaka

Garam

2 biji cili merah 

CARA CARANYA

Panaskan minyak dan minyak sapi

Tumis kayu manis dan bunga lawang, masukkan bahan hiris. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan. 

Masukkan daging bersama rempah kerutup dan sedikit air. Kecilkan api biar masak secara perlahan hingga daging lembut. Tambah air bila daging masih liat.

Bila daging dah lembut masukkan pula  santan, sos tomato, bawang goreng, gula nise dan sedikit garam. Biarkan lagi dalam 10 hingga 15 minit. 

Bila dah sebati rasa dah cukup baru padam api. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...