OOO

Sabtu, Julai 03, 2021

ILMU PAJAK GADAI EMAS

 ILMU PAJAK GADAI EMAS


Assalammualaikum 

Sekarang ni barulah akak cerdik pasal ilmu emas. Dulu tak tau sangat pun. 

Hasil dari bercampur dengan geng/group Emas pelbagai ilmu yang akak dapat. 

🌷JOM BACA🌹

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.


1. Harga emas.

2. Kadar pinjaman.

3. Kadar upah simpan.

4. Tempoh pinjaman.


KETERANGAN.


1. Harga emas.


Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.


Jenis mutu emas.

• 999

• 950

• 916

• 875

• 835

• 750

• 585


Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.


2. Kadar pinjaman.


Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. 

Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.


3. Kadar upah simpan.


Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak.  


Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.


Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun


RM2000 pertama ke bawah RM0.70

RM2001 hingga RM10000 RM0.75

RM10001 ke atas                 RM0.80


Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.


RM2000 ÷ RM100 = 20

20 x RM0.70 = RM14


Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14


4. Tempoh pinjaman


Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan.

Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. 


Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.


Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. 

Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.


CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT  BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.


Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.


1. Harga emas 999 hari ini RM280

2. Kadar pinjaman 75%


10gram x RM280 = RM2800

RM2800 x 75 = RM210000

RM210000 ÷ 100 = RM2100


Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100


BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.


MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.


1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.

2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.

3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari.


Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. 

Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding  buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.

4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.


NOTA TAMBAHAN.


1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.

2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.


KESIMPULAN.


Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.


SEMOGA BERMANFAAT.


Sumber : Facebook  AR Rahnu

🌹P/S Elakkan dari gadai ke kedai pajak bukan Islam. 

2 ulasan:

  1. Terima kasih untuk pengetahuan ni.. selalunnya nak pajak tapi takut kena tipu.

    BalasPadam
  2. kite baru nak mengumpul emas heheh

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...