OOO

Ahad, Ogos 15, 2021

RESEPI PAU TEPUNG GANDUM INTI KELAPA

 Assalammualaikum

Tiba tiba tekak teringin in sangat nak makan pau. Kebetulan ada inti kelapa campur isi durian kampung yang tawar sangat.


Beli durian ni ikut nasib. Kadang masa di buka oleh penjual nampak macam elok, bila sampai rumah ada gak yang terkena.

Jangan di buang sebab harganya boleh tahan walaupun cuma durian kampung.

Selalu guna tepung pau, dah tak ada stok guna ajerlah tepung gandum. 

Bahan-bahan:- ( 8 biji )

• 300g tepung gandum/tepung pau
• 2 sudu kecil baking powder
• ¼ sudu kecil garam
• 160-165g air suam
• 2 sudu kecil yis kering
• 2½ gula halus
• 1sudu besar lemak sayur
• Inti secukupnya (kaya, kacang merah, kelapa atau sebagainya)


Cara-cara
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, yis kering dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin dan lembut. Buat bentuk bulat. Letak di dalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab. Biar doh kembang sehingga 2 kali ganda.
  5. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik. 
  6. (untuk proses 1 - 5, akak gunakan BM jek...hehee..mmg sangat elok jadinya)
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, ratakan diatas tangan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Apabila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...