OOO

Jumaat, September 03, 2021

CARA BUAT SAGU MATA IKAN MERAH

RESEPI  KUIH SAGU WARNA MERAH

Assalammualaikum semua



Kuih ni mudah sangat nak buat tapi kalau salah teknik sagu akan warna keputihan sebab tak cukup masak.

Bahan bahan

  • 2 cawan sagu
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar perasa sirap ros
  • sedikit pewarna merah
  • sehelai daun pandan, carik dan simpul
  • air untuk merebus
  • Bahan-bahan untuk salutan kelapa:
    • kelapa parut
    • sedikit garam

Cara-cara

  1. Basuh dan rendam sagu 10 minit dan toskan.
  2. Masak air, gula dan daun pandan di atas api perlahan.
  3. Masukkan sagu yang telah direndam. 
  4. Kacau perlahan sampai sagu menjadi pekat
  5. Sejukkan dan kemudian pindah ke peti ais supaya betul-betul sejuk.
  6. Potong dan gaul dengan kelapa parut


Cara-cara untuk kelapa parut
Campur garam sedikit dalam kelapa parut kemudian potong kuih bolehlah di bolak balik kan atas kelapa parut. 

2 ulasan:

  1. Sedapnyaaa....lama dah x buat...nak cari la sagu mata ikan...

    BalasPadam
  2. kuih feveret arwah nenek ni. sedap.

    Apa Itu Sakit Tennis Elbow Kaedah Rawatan dan Pemulihannya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...