OOO

Jumaat, November 19, 2021

POKOK KELADI SHYCOOL DI MALAYSIA

Assalammualaikum

Sepanjang akak terkena miang keladi ada beberapa jenis yang harganya boleh mencecah harga ribuan ringgit. 

Cubalah Google kalau nak tau sebab akak tak mampu lagi nak beli yang mahal mahal. 

Yang akak punya akak share lah. 

Yang ni anak school akak beli dari seller Sabah. Mula mula risau gak takut jadi layu sebab biasanya penghantaran ambik masa 5-6 hari. 

Beli kat seller ni lagi haru biru, bila Live di FB dekat 500 orang pulak tu yang nak locked.

Alhamdulliah akak dapat locked 2 kali dengan dia. 
Yang penting Internet laju dan jari pantas. 

Suka tenguk ciptaan Allah SWT ni. Ada calitan merah atau kami panggil lipstick di setiap helai an daun.
Kadang ikut nasib, bila dah besar lipstick makin berkurang an.  Ni beli dari kawan kat Ampangan Seremban. 

Macam yang ni akibat terburu buru terbeli yang tak ada calitan. Akak dah pisahkan anaknya, dapatlah 2 pasu. 

Puas belajar kat utube cara nak pisahkan, alhamdulliah hidup pulak sampai sekarang. 

Ni pun dari Sabah, beli masa live kat fb, paling seronok bila dapat locked, al maklumlah peminat pokok keladi makin bertambah. 

Sekarang harganya makin meroket, cukuplah kot koleksi jenis ni. 

Akak berangan nak cuba besarkan dan jual anak anak keladi pulak. 

Doakan agar dipermudahkan segala urusan akak yer. 

Nanti akak share yang lain pula. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...