OOO

Jumaat, Disember 10, 2021

JALAN KE BUKIT FRASER MELALUI KUALA KUBU BAHARU

 Assalammualaikum

Apa khabar semua

Lamanya tak update blog. Lama betul tak gi jalan jalan berdua dengan suami. 

Minggu lepas angin suami ok, dia ajak gi jalan. 

Akak ajak gi Bukit Fraser sebab kami berdua tak pernah sampai lagi. 

Naik dari Kuala Kubu  Baharu lepas lunch kat Medan Selera kat situ. 

Suami makan kuehtiaw goreng, akak makan bihun sup sebab breakfast kami dah makan nasi goreng. 

Harga ok gak, lepas tu pusing pusing tenguk apa yang ada di Pekan Kuala Kubu Baru. 

Yang uniknya kat sini masih ada bangunan lama. 

Cuaca mulai mendung, akak rasa cuak. Ajak suami pergi tempat lain, tapi suami kata

Dah sampai tak kan nak balik. 

Tawakal ajerlah naik kat atas. 

Lepas gendang gendut tali kecapi, perut kenyang suka hati😉kami teruskan perjalanan. 

Dah lama tak menikmati alam ciptaan Allah SWT. Terpegun sekejap, sempat berhenti ambik gambar kat Empangan Kuala Kubu Baharu.

Bukan kami jer, ada lagi 2 kenderaan, taklah rasa takut sangat.

Setenang tenang air jangan di sangka tiada buaya😊.

Kalau dapat kaki muntah memang kena bawa plastik aa. 
Jalan macam ular di palu. 

Bila  nampak sign board tanah runtuh mula lah rasa bimbang. 
Masa kat bawah ada gak tanya kat orang niaga, selamat tak idak naik atas. 

Dia kata kurang selamat sebab boleh dikatakan setiap petang hujan turun dan banyak pokok timbang. 

Alahai risau hati akak bila dengar macam tu sebab kami sampai kat bawah tengah azan zohor. 
Tengah repair jalan yang rosak sebab tanah runtuh. Banyak gak lah yang berlaku tanah runtuh seminggu sebelum kami sampai. 

Ada masuk dalam berita dan suratkhabar. Syukur alhamdulliah sepanjang perjalanan pergi dan balik Allah SWT permudahkan perjalanan kami. 

Cuma ada beberapa biji kereta dan lori yang turun, yang naik tak banyak. Suami tak bawa laju sebab jalan makin sempit bila nak sampai ke atas. 
Sunyi sepi sungguh, kalau drive sorang pastu remang petang dan malam memang taklah. 

Ada gak yang terkena pengalaman yang seram bila lalu belah senja dan malam. 

Akak ashik tenguk waze, tenguk jauh ker idak lagi ni. Nak sampai 1 km akak rasa lama sangat nak sampai. 😒
Lega rasanya bila jumpa yang ini. Nak dekat 1 jam gak baru sampai sebab kononnya nak menikmati alam 😉. 

Bukit Fraser (Bahasa  terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran TitiwangsaMalaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. 

Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut.Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Kalau nak tenguk video boleh
tekan link biru

10 ulasan:

  1. saya suka pegi fraser ni...dh byk kali jugak pergi..cuma lately tak berani nak naik ke situ sbb tanah runtuh/musim hujan on off

    BalasPadam
  2. perlu hati - hati saat pergi ke sini apa lagi saat musim hujan, jika saya lihat untuk tanah di sekitar jalan tersebut berpotensi akan longsor jika hujan turun.

    BalasPadam
  3. tak pernah sampai lagi bukit fraser ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. smlm baru pergi...first time, x plan, saja je ajak husband, igtkan ala2 cameron, so sy x suggest di samping jalannya yg begitu teruk, batang2 pokok tunbang atas kepla tgu masa nk jatuh ke jalan.....nasib baik x ujan je smlm...serik beb..

      Padam
    2. Musim hujan tak payah pegi, banyak pokok tumbang

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Selamat tak kalau pergi sorang dan bermalam dalam kereta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau lak tapi belah malam sunyi sangat. Macam tak selamat jer

      Padam
    2. mcm x berapa selamat sbb sunyi, atas tu pn x byk benda..dia x mcm cameron..tp sy nmpk smlm ada je yg camping tepi hutan..tiba2 tringat filem wrong turn..aghhh mmg x la sy naik lg lps ni..first n last la..

      Padam
    3. Akak pun jumpa tempat orang camping tepi hutan. Ishh berani sungguh

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...