OOO

Rabu, Februari 23, 2022

YONG TAU FOO BELAKANG BOMBA TAIPING PERAK

Assalammualaikum semua

Hari ni nak sapu sawang kat blog akak ni. Wah nak dekat sebulan tak update.

Bulan lepas akak ajak 2 anak yang single gi ke Utara. 

Dalam agenda memang nak ke Taiping sebab dah berusia ni tak pernah bermalam kat sini. 

Taiping kan popolur dengan yong tau foo, dah tentulah jalan jalan cari makan.  Sekarang senang guna jer Google atau waze bila nak gi satu satu tempat. Medan Selera ni nama sebenarnya Pusat Penjaja Taiping tapi lebih dikenali sebagai Pusat Yong Tau Foo Belakang Bomba. 

Ada orang cadangkan kalau nak makan ambik sikit sikit kat dua gerai. Boleh rasa dua gerai berlainan.

Nasib baik beli 2 tempat. 1 tak berapa umphh, 1 lagi sedap sangat.

Masa pilih rasa macam sedikit tapi bila sampai mak aii banyakkkkk. 

Terpaksa minta bekas plastik untuk tapaw makan kat bilik hotel. 

Lagi satu sebab anak dan suami pi makan yang lain sebab kena tunggu lama nak dapat giliran sebab que yang panjang. 

Lepas kenyang makan kami gi jalan kat Taman Tasik Taiping.
Sukanya tenguk pokok tua ni, cantik tersusun. Kami tak turun sebab ramai lak orang. 
Tertunai hasrat dihati
Nak datang ke sini
InsyaAllah ada rezeki
Kami akan ke sini lagi

2 ulasan:

  1. Selagi ada anak yang single, ajak le teman kan kak kemana aja, nanti semua dah kawin.. sepi laaaa..
    Nampak sedap yong tau foo tu...

    BalasPadam
  2. Sedap nampak yong tau foo tu, pekat.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...