OOO

Khamis, April 14, 2022

DAGING BERLADA SEDAP MY STYLE


Assalammualaikum semua. Selamat berpuasa

Alhamdulliah dan nak masuk 2 minggu kita berpuasa. 

Sebagai mak mak, kadang kadang buntu nak masak apa setiap hari. 

Akak kena masak awal dalam 2 minggu ni sebab giliran jaga bapa mertua. 

Sebelum pukul 12.00 dah siap 1 lauk. Tak boleh masak pedas takut perut fil meragam nanti 

Alhamdulliah fil selera nak makan 😊

BAHAN BAHAN

Cili hidup 5

Bawang kecil 5

Bawang putih 2

Sedikit halia

400gm batang pinang hiris nipis

1 biji ubi kentang hiris

1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi

Sedikit gula, garam dan gula

Minyak dan sedikit air

CARA CARA

Goreng kentang sehingga masak. 

Kisar cili merah, kalau rajin gi lah tumbuk😊

Tumbuk bawang kecil, halia dan bawang putih.

Gunakan minyak goreng  kentang, masukkan bahan tumbuk hingga naik bau.

Masukkan cili kisar, kacau sehingga naik minyak.

Masukkan daging, garam sedikit gula serta air.

Biarkan daging lembut baru masuk ubi kentang. 

Pastu rasa baru tuang jus limau. Terus tutup api.

Bolehlah dihidangkan. 

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...