Assalammualaikum
Alhamdulliah walaupun pun jarang dah nak pot pet ot pet kat sini masih ada gak income.
Masa duduk kat Key Ell (Bahasa omputih kononnya😀) dan rajin gi event anjuran Nuffnang (dah terkubur khabar nya) memang income lebat.
Sebab dapat buat N3 kat blog tajaan Syarikat besar. Ada 1 masa dalam 1 bulan boleh belikan 2 anak perempuan rantai emas.
Dapat lak tiket wayang free, angkut lah anak bongsu si Imran, Ira ataupun anak bujang.
Seronok ooo bila ada film dapat juga jumpa artis terkenal.
Masa zaman berblog ada jer komen komen negatif, ada gak rasa down.
Al maklumlah pandai buat blog umur dah masuk 40an sampai ada yang kata, akak dah tua. Baik duk rumah dari join event. 😢
Pastu ikut lak suami duk Miri, balik terus duk kat Salak Tinggi.
Walaupun masih ada Jemputan gi event, dah mula rasa malas nak join event kat Key Ell. Malas nak mengadap jem kat pusat bandar.
Anak anak pun dah berkawin, dah ada cucu. Kebetulan pulak kesihatan pun dah kurang mengizinkan.
Kita ikut ajerlah putaran jam. Masa jadi blogger top telah berlalu.
Alhamdulliah dengan berblog juga dapat berkenalan dengan ramai blogger dan rakan kenalan yang baik baik di social media.
Bila buat majlis perkawinan anak anak masih ada lagi rakan blogger yang sudi datang.
Terima kasih semua kenalan yang masih ingat kita zaman gedik gedik di event blogger.
All the best kak. Saya baca blog akak masa akak top dulu hiihihi
BalasPadamTerima kasih jadi pembaca blog akak
PadamSaya pun rindu zaman blogging soploh tahun lepas Kak.. bebas berkarya.. sekarang silap tulis sikit, silap upload pic, ermmm jadi bahan lerrr dek kata nitizennn.. moga akak terus sihat dan terus berkarya yaa..
BalasPadamDah biasa dengan netizen, buat deek ajer lin
PadamAlhamdulillah..semoga akak sihat-sihat selalu
BalasPadamAminn. Terima kasih
Padamlumrah kehidupan...saya pun dh mid 40s thn ni :) saya tulis blog sebagai diary saya :)
BalasPadamAkak banyak buh kat ITikTok, ig dan fb
PadamSlam na,kaknah baru nak hidupkan balik dapur kaknah ni setelah lama berhabuk,kaknah lupa password Nufnang macamana caranya nak dapatkan balik ya.
BalasPadamNi adsense Kak. Kena apply. Nuffnang dah tak ada dah.
Padam