OOO

Ahad, Jun 12, 2022

IBARAT PUTARAN RODA

 Assalammualaikum

Alhamdulliah walaupun pun jarang dah nak pot pet ot pet kat sini masih ada gak income.

Masa duduk kat Key Ell (Bahasa omputih kononnya😀) dan rajin gi event anjuran Nuffnang (dah terkubur khabar nya) memang income lebat.

Sebab dapat buat N3 kat blog tajaan Syarikat besar. Ada 1 masa dalam 1 bulan boleh belikan 2 anak perempuan rantai emas.


Mula terjebak bila mula masuk dalam Google cari resepi. Masuk lak dalam blog rakan rakan maya yang rajin masak. 

Suami pulak  ashik kerja luar, akak rasa bosan duk rumah. Balik dari duk Jakarta akak jadi suri rumah tangga tak macam masa bekerja tak sempat nak tau apa tu dunia alam maya. 

Dapat lak tiket wayang free, angkut lah anak bongsu si Imran, Ira ataupun anak bujang. 

Seronok ooo bila ada film dapat juga jumpa artis terkenal. 

Masa zaman berblog ada jer komen komen negatif, ada gak rasa down. 

Al maklumlah pandai buat blog umur dah masuk 40an sampai ada yang kata, akak dah tua. Baik duk rumah dari join event. 😢

Pastu ikut lak suami duk Miri, balik terus duk kat Salak Tinggi. 

Walaupun masih ada Jemputan gi event, dah mula rasa malas nak join event kat Key Ell. Malas nak mengadap jem kat pusat bandar.

Anak anak pun dah berkawin, dah ada cucu. Kebetulan pulak kesihatan pun dah kurang mengizinkan.

Kita ikut ajerlah putaran jam. Masa jadi blogger top telah berlalu. 

Alhamdulliah dengan berblog juga dapat berkenalan dengan ramai blogger dan rakan kenalan yang baik baik di social media.

Bila buat majlis perkawinan anak anak masih ada lagi rakan blogger yang sudi datang. 

Terima kasih semua kenalan  yang  masih ingat kita zaman gedik gedik di event blogger. 

10 ulasan:

  1. All the best kak. Saya baca blog akak masa akak top dulu hiihihi

    BalasPadam
  2. Saya pun rindu zaman blogging soploh tahun lepas Kak.. bebas berkarya.. sekarang silap tulis sikit, silap upload pic, ermmm jadi bahan lerrr dek kata nitizennn.. moga akak terus sihat dan terus berkarya yaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah biasa dengan netizen, buat deek ajer lin

      Padam
  3. Alhamdulillah..semoga akak sihat-sihat selalu

    BalasPadam
  4. lumrah kehidupan...saya pun dh mid 40s thn ni :) saya tulis blog sebagai diary saya :)

    BalasPadam
  5. Slam na,kaknah baru nak hidupkan balik dapur kaknah ni setelah lama berhabuk,kaknah lupa password Nufnang macamana caranya nak dapatkan balik ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni adsense Kak. Kena apply. Nuffnang dah tak ada dah.

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...