OOO

Rabu, Ogos 24, 2022

AYAH MERTUAKU (21OGOS2022)

 Assalammualaikum

Sekadar pot pet pot untuk kenangan di masa akan datang. 

Kali kedua giliran menjaga bapa mertua yang dah berusia 92 tahun. Sejak ayah tak boleh buat apa apa,  suami dan adik beradik buat giliran jaga ayah. 

Tu pun kalau betul umurnya 92, pasal orang dulu dulu kan suka naikkan tahun bila nak masuk kerja macam polis atau askar. 

Masa giliran pertama bulan puasa tahun ini ayah masih boleh makan dan minum tanpa di suap.

Kami ambik ayah di kampung 21hb.Ogos selepas pulang dari Kuantan.  Hari Sabtu kami menghadiri majlis kawin sepupu suami.

Ikut plan ayah nak ikut gak tapi bila adik ipar sampai ayah tak larat nak gi ke sana.

Masa sampai di Kampung ayah mengadu sakit perut. Adik ipar yang jaga ayah seminggu bagitau ayah tak ada selera makan. 

Makan sesudu dua sahaja, ashik minum sampaikan perut naik sebu.

Bila dah berusia macam ayah bila naik kereta terlalu lama pun terasa  penat sangat.

Sepanjang perjalanan ayah ashik tanya dah sampai mana. Mungkin tak tahan duk dalam kereta sebab tak boleh baring.

Kebetulan hujan lebat,  macam biasa highway plus akan jem. Suruh ayah banyakkan zikir,  nak buat macam mana bukan boleh terbang keta kami.

Masih lagi mengadu sakit perut dan  minta minyak angin. Apakan daya boleh tak teringat nak bawa dari kampung. 

Suruh suami carikan pisang masak di Pekan Gemas,  nanti rumah boleh makan. 

Alhamdulliah sampai rumah dalam pukul 4 petang, suapkan kurma dan pisang. Bagi minum air nescafe 3in1.

Alhamdulliah beransur hilang sakit perutnya. Suami mandi kan dan  ayah tidur lena malam pertama di rumah kami. 

2 ulasan:

  1. Semoga ayah mertua Kak Ina di kurniakan kesembuhan dan sihat sentiasa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...