OOO

Jumaat, Ogos 26, 2022

BAPAMERTUAKU(220822)

Assalammualaikum semua

Dalam pukul 5 pagi ayah dah panggil nama anak anak perempuan. 

Idah,  Am,  Zana

Masak lah,  ayah dah lapar.

Berulang kali disebutnya hingga akak tersedar dari lena. Walaupun tidur agak jauh kuat juga suara ayah di hening pagi yang dingin. 

Kadang kadang ayah dah tak ingat antara siang dan malam. 

Biasalah kan kita yang baru umur muda pun boleh lupa,  in ikan pula dah berusia sebegitu.

Bancuhkan air kegemaran ayah,  suapkan kurma dan pisang,  alhamdulliah ayah tidur semula.

Masakkan ayah asam rebus ikan dan nasi lembek,  sayangnya ayah tak ada selera nak makan.

Seharian ayah cuma makan pisang dan minum sarsi untuk isi perut. Naik risau kami dibuatnya. 

Biskut dan roti pun ayah tak nak. 😒

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...