OOO

Rabu, September 14, 2022

The Fraser Hill Shahzan Inn/Bukit Fraser Pahang

 Assalammualaikum

Datang idea ajak suami gi ke Fraser's Hill. Al maklumlah tak pernah sampai kat situ. 

ashik gak dengar suara jer, bintangnya tak nampak pulak 

Baca Google macam maam cerita yang ada tentang jalan bagai ular di palu dan keadaan yang ada kat atas. 

Masa di Fraser's Hill kami tak booked hotel pun. Sebab nak tenguk ajer asalnya.

Sampai atas kami lepak kat cafe sebelah hotel Puncak Inn. Minum teh dan roti bakar, berangan macam kat negeri omputih. 

Bila suami ajak tidur semalam, kami tanya staff Pines Inn pasal bilik tapi kat situ tak ada lif. Nak ke bilik kena naik tangga. Alahai payah gak ni. 

Bila tanya ada tak hotel yang ada lif, staff katacuma 2 tempat yang ada. 1 apartment 2 bilik dan satu lagi  The Fraser Hill Shahzan Inn yang tak jauh dari situ. 

Terus ke situ, alhamdulliah masih ada banyak bilik kosong, tapi yang banyak katil single. Untuk katil queen dah tak banyak. Takkan duk tempat sejuk nak tido asing kan😊

Kira oklah harga bilik taklah mahal sangat. Perabut memamg lama, ada bathtub. Paip kat situ tak leh tutup habis, mengalir air. Nasib baiklah belah malam tak ada bunyi macam dalam cerita hantu tu😃

Memang tak minat nak be rendam pun. Sejuk weii. Lepas maghrib keluar cari makan kat medan selera di Taman Awam Bukit Fraser. Ada beberapa kedai yang buka. 

Masa nak balik, suami terjumpa orang Johor yang buka kedai kat situ. Borak agak lama gak. 

Balik bilik dan tidur. Alhamdulliah tak ada apa apa gangguan. 

Bangun pagi gi sarapan kat cafe. Ok gak aa breakfast kat situ. Sempat baca sejarah Bukit Fraser.

Kami gi jalan jalan tenguk apa yang ada. Nampak gak ada orang camping, mungkin pastu mereka gi hiking dalam hutan kot.

Suasana kat sini amat tenang, sesuai untuk menenangkan minda. Kami sempat tenguk rumah persinggahan milik pelbagai agensi tapi agak seram gak suasana di situ.

Kalau duk ramai ramai ok. Tapi kalau tak ramai akak yang penakut ni tak naklah ke situ.

Sempat gak dengar suara lotong dan tenguk bunga Garden Lady  Guillemard. 

Dah puas round kami pulang ke hotel ambil barang. Kami ambik keputusan ikut jalan ke Raub. 

Jalan ok sikit tapi banyak gak selekoh. Singgah beli durian dan makan kat Lemang Tok Ki. Kat youtube dan tiktok akak ada share video masa kat sana

https://youtu.be/Z5iBu5mU9AI


3 ulasan:

  1. bestnya...dh lama jugak i tak gi sini...memang one of my fav place :)

    BalasPadam
  2. salam singgah kak ini. apa khabar? sihat ke akaka? fraser hill ni ramai yg story pergi.okay ke? ape beza dgn colmar ?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...