AIR ASAM BERKERISIK
Alhamdulliah semua
Teringin lak nak rasa perut muda air asam yang popular kat pantai timur.
Bagi kami perut pintail ni selalunya masak lemak cili api campur rebung atau belimbing buluh.
Selepas di bersihkan, kena rebus dulu sehingga empuk. Baru di potong potong kecil campur air asam.
Bahan-bahan:
1 biji cili merah
10 cili api
1 sudu makan belacan bakar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dipotong dadu
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dipotong dadu
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya.
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan
Cara-caranya
Masukkan cili merah, bawang besar, cili api dan tomato dalam 1 bekas.
Masukkan kerisik ke dalam air asam. Kacau rata.
Masukkan belacan yang telah di hancurkan bersama gula dan garam.
Masukkan jus limau kasturi, rasa ok baru masuk air asam tadi.
Akak buat campur perut pintail atau orang pantai timur panggil perut muda. Jom tenguk

Tiada ulasan:
Catat Ulasan