OOO

Memaparkan catatan dengan label .roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label .roti. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 16, 2012

Garlic Finger Bun-Enak Di makan Panas-Panas

Dah lama tak meroti disebabkan malas nak mengguli.  Akak ambil resepi dari  SINI (orang yang sama sebenarnya) masa tu nama resepi asal Garlic Rolls dan tapi tuan punya resepi yang sama rajinlah pulak buat versi nak cepat masak dan cepat makan..nak tau sape bolehlah ke  SINI.

Roti ni enak di makan bersama-sama sup kimball/mushroom.  Kalau nak makan camtu ajer pun boleh tapi kena letak inti garlic banyak sikit dan makan panas-panas.

Bahan2 Utk Garlic Rolls/ Garlic Finger Bun
  • 3 cawan tepung gandum ~ akak guna tepung roti
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar yeast
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar olive oil ~akak tukar minyak jagung sebab tak ada stok

Cara-Caranya
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
  3. Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
  4. Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
  5. Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
  6. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  7. Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
  8. Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
  9. Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
  10. Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
  11. Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
  12. Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  13. Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
  14. Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
  15. Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.
Panduan
  • Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan
Garlic Spread
  • 50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
  • 2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
  • sedikit lada hitam kisar ~
  1. Gaulkan semua bahan
  2. Siap digunakan. 
 Nota : Akak tambahkan adunan 2 kali ganda sebab suka letak pes garlic banyak-banyakkkkkk

cicah dengan ini....fuhhh sekejapan habis..lain kali kena buat banyak-banyakkk
al maklumlah anak lelaki makan banyakkkkkk

Sabtu, Februari 11, 2012

Kima Daging Dan Roti Capati

Aduhai ..kalau cuti-cuti ni kena fikir nak buat breakfast apa ek?
Check stok ada tepung capati...daging ada..buat breakfast ni dahlah.  Resepi asal dari Mat Gebu tapi akak ada tambah 2 bahan lagi..jangan marah yer Mat.  Dah pernah try dah dulu tapi dah lama sangat..jadi akak tepek resepi lagi sekali yer.
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam

200 g daging kisar
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar-akak tak letak
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari
1 biji cili merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2-tak ada stok
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi-akak guna minyak sunflower ajerk
2 camca besar minyak masak
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
 
*akak tambah-1 tin kecil kacang peas-kacang hijau dalam tin
sedikit tairu-susu cair ideal campur dengan sedikit jus limau nipis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). Masukkan sekali kacang hijau dalam tin dan tairu.
  3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa....

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Akibat malas nak mengguli akak belasah guna  Food Processor ajer aaa
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.
Imran makan stail tortilla...suka hatilah nak makan camner kannn

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...