OOO

Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

Rabu, Mei 08, 2019

CARA BUAT KERABU DAGING DAN MANGGA ATAU NUE NAM TOK



Resepi Nue Nam Tok@Grill Daging Pedas

Assalammualaikum semua

Tenguk gambar pun memang mengancam kan, kalau beli daging salai dan anak anak balik akak suruh mereka buat.

Resepi sedap ni di kongsi oleh rakan fb Nor.

1/2 kg Daging salai hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.

Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun ketumbar
  3. daun bawang ~ dihiris
  4. sebiji mangga - di hiris
  5. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  6. 1 sudu besar gula pasir
  7. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  8. 2 sudu besar sos ikan
  9. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  10. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  11. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
Masuk dalam peti sejuk, makan sejuk lagi sedap

Selasa, Disember 24, 2013

Resepi Grill Daging Pedas Sedap @Nue Nam Tok (Kerabu Daging)

Assalammualaikum
Kalau ada banyak stok daging batang pinang/daging lembut bolehlah buat resepi yang meletup ni..walaupun agak renyah nak buat tapi hasilnya memang memuaskan hati.

Akak selalu buat bila 2 anak pempuan balik kat umah..sebab cepat sikit nak menyudahkannya.  Kali ni akak grill guna oven ajer..tak dan nak bakar guna arang.
Dah banyak kali buat dan tepek resepi dari Nor..tak apa ek akak  letak lagi.

Bahan-bahan
  • 250gm daging batang pinang-akak gunakan daging salai (steak) yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Cara-caranya
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
  3. Hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun ketumbar
  3. daun bawang ~ dihiris
  4. sebiji mangga - di hiris
  5. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  6. 1 sudu besar gula pasir
  7. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  8. 2 sudu besar sos ikan
  9. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  10. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  11. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

Isnin, Februari 25, 2013

Resepi Daging Bumbu Bali

Assalammualaikum semua
Lagi beberapa hari contest yang akak anjurkan akan berakhir.  Alhamdulliah ramai gak yang join dan terima kasih akak ucapkan kepada blogger yang sudi sponsor.

Sape yang belum join ada masa lagi..kalau nak tenguk N3 mereka yang join bolehlah ke SINI. Sebenarnya rugi tau tak join sebab bila anda join, pengunjung yang ke blog akak akan gi jenguk ke blog anda..dah tentu ada trafik kan.

Dulu dan sekarang akak memang rajin join contest tak kiralah apa hadiahnya janji akak boleh promosi blog akak. Tulah salah satu tips kita nak bagi orang kenal blog kita selain dari rajin mengomen di blog yang fofolor.
 
Daging Bumbu Bali ni memang enak gak di makan dengan nasi sedap.

Bahan:

500 gm daging lembu empuk, potong lebar
500gm  santan atau 1½  cawan santan
3 biji cili merah, hiris serong kasar
5 helai daun limau purut
1 helai daun salam
2 sudu makan kicap manis 
½ biji  bawang bombay/bawang merah , dadu kecil
1 keping asam keping
garam secukupnya 
3-4 sudu makan minyak, untuk menumis

Bahan Kisar
5 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 sudu teh belacan  
1 sudu teh gula melaka-hiris halus
 
Cara-cara:-
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sampai harum. 
2.  Masukkan bahan kisar, daun limau purut, daun salam, kicap manis dan cili merah dan tumis layu. 
3.  Masukkan daging dan biarkan sehingga ½ masak.
4.  Tuangkan santan. Masak sampai daging empuk
5.  Masuk garam dan asam keping dan biarkan sebentar.
6.  Setelah cukup rasa boleh di angkat dan di hidangkan.

Jumaat, November 30, 2012

Resepi Nue Nam Tok@Grill Daging Pedas

Assalamualaikum

Bila anak minta masakan tu dan ni..mesti mak tak sampai hati kan..tanyalah ibu mana pun..kalau anak dah sebut..mak sedaya upaya akan cuba menyediakannya.

Bila Ira sebut dah lama tak makan daging grill pedas ni (dia panggil kerabu daging), akak pun buatlah..sebab vitamin R banyak..akak hidupkan arang.  Resepi ni dah ada tepek kat blog tapi tak perlah akak letak kan..resepi ni dari geng masak memasak Nor yang terjemahkan resepi ni dari buku resepi masakan thai

Bahan-bahan
  • 250gm daging batang pinang-akak gunakan daging salai (steak) yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Cara-caranya
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
  3. Hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
Grill atas arang lagi umphh rasanya..gunakan daging batang pinang, steak ataupun daging lembut ..kalau perap biar dalam 2-3 jam.

Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~akak tukar ke daun ketumbar
  3. daun bawang ~ dihiris-
  4. 1/2 cawan daun pudina ~ tak letak
  5. 1 sudu besar gula pasir
  6. 1 sudu besar gula melaka/gula nisan
  7. 2 sudu besar sos ikan
  8. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  9. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  10. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
Biar tak menyesal kalau buat dari menyesal tak buat

Rabu, September 26, 2012

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai

Assalammualaikumsalam


Salah satu makanan kesukaan arwah abah dan keluarga kami.  Kali ni tak buh apa-apa sebab tak ada benda yang nak di campurkan.  Tak kisahlah janji masak udahlah.
Bahan-bahan
  • 1kg daging batang pinang-dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-perap..lagi lama lagi sedap tau..
  • 15-20 biji cili padi kampung-nak pedas tambah lagi
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2kg/500ml santan pekat-bergantung nak kuah banyak atau sedikit
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis.
3.  Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit  dan daun kunyit.
5.  Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.

Ahad, Mei 20, 2012

Lama Tak Masak Daging Lada Hitam/Blackpepper Beef

Dah lama betul tak buat  daging lada hitam aka black pepper beef ni..bila akak tanya anak..daging nak masak apa..Masaklah blackpepper..wah akak suka sebab tak yah berdiri lama nak memasaknya..sejak lutut kena tebuk ni, nak berdiri lama tak larat lagi..kena ambil masa nak pulih semula.  Akak buat ikut stail  Secubit Garam.com tapi akak letak bawang putih dan halia tumbuk sikit.


Bahan:-
500gm daging batang pinang
1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau (akak letak cili merah/hijau di hiris serong)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
1/2 sb gula-tak letak
minyak utk menggoreng
#akak tambah leek di hiris sepanjang 1 1/2 inci
1 biji bawang holland dihiris bulat.
4 biji bawang putih tumbuk
1/2 inci halia tumbuk
Cara-Cara:-
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir-butir lada.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia baru ikut step yang bawah.
  4. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. 
  5. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  6. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
  7. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  8. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. (Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram )
  9. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air.
  10. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. ( masa ni akak masukkan bawang holland dan cili hiris)
  11. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api  (sebelum padam api akak masukkan leek) dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
     ## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

Ahad, Mac 11, 2012

Daging Masak Merah


Kalau masak daging masak merah, ada geng telur dadar dan tom yam memang kick.  Makan bertambah-tambah.  Akak dah banyak kali buat dah dan letak kat blog.  Kira resepi ulanganlah ni.  Akak ambil resepi dari blog geng masak memasak Ummi Kuantan.
Bahan:-
300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis
akak tambah 1 biji bawang merah di potong bulat
Cara Memasak:-
  1. Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). 
  4. Tambahkan sedikit garam dan kicap air. 
  5.  Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. 

Sabtu, Februari 11, 2012

Kima Daging Dan Roti Capati

Aduhai ..kalau cuti-cuti ni kena fikir nak buat breakfast apa ek?
Check stok ada tepung capati...daging ada..buat breakfast ni dahlah.  Resepi asal dari Mat Gebu tapi akak ada tambah 2 bahan lagi..jangan marah yer Mat.  Dah pernah try dah dulu tapi dah lama sangat..jadi akak tepek resepi lagi sekali yer.
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam

200 g daging kisar
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar-akak tak letak
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari
1 biji cili merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2-tak ada stok
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi-akak guna minyak sunflower ajerk
2 camca besar minyak masak
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
 
*akak tambah-1 tin kecil kacang peas-kacang hijau dalam tin
sedikit tairu-susu cair ideal campur dengan sedikit jus limau nipis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). Masukkan sekali kacang hijau dalam tin dan tairu.
  3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa....

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Akibat malas nak mengguli akak belasah guna  Food Processor ajer aaa
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.
Imran makan stail tortilla...suka hatilah nak makan camner kannn

Isnin, Disember 05, 2011

Kari Daging Kerbau Makan Bersama Nasi Hujan Panas

Gara-gara membeli daging lembu sehingga 3kg dekat nak hari raya haji yang lalu, sehinggakan tak tau nak masak apa lagi.  Akhirnya terfikir nak masak daging kerbau masak kari. Yang last ni banyak pula urat, sayang nak buang akak masukkan.

Bahan-bahannya
  •  1/2  camca besar  minyak 
  • 4-5  camca besar rempah kari 
  • 500gm/1/2kg  daging kerbau bercampur sedikit urat- dipotong kecil 
  • 1/2 kg- 500gm santan pekat
  • 1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  •  2 biji ubi kentang-dibelah empat
  • garam  secukupnya
Bahan-bahan tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus
Bahan-bahan kisar/tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak dalam kuali/periuk.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris dan  bahan-bahan kisar bersama daun kari.
3.  Kacau sehingga naik bau dengan api sederhana besar.
4.  Kemudian masukkan rempah kari, sedikit air  dan kacau sehingga terbit minyak.
5.  Masukkan pula daging bersama  ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6.  Tuangkan santan, garam  dan tambahkan 1  cawan air dan kacau sehingga santan mendidih.
7.  Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga daging dan ubi kentang lembut.
8.  Bila dah lembut rasa garamnya baru di padam api.
 Resepi nasi hujan panas  kat sini SINI. Pastu goreng papadum..alhamdulliah semua suka

Selasa, Oktober 04, 2011

Sambal Daging Kerbau

Hari ni peperiksaan PMR telah bermula.  Semuga anak akak dan anak-anak yang mengambil peperiksaan tenang menjawab soalan.  Good luckkk

Masa bulan puasa lagi 3 hari lagi nak raya, orang yang hari-hari jual daging lembu, gi jual daging kerbau.  Wah bukan senang nak jumpa daging kerbau ni.  Akak pun belilah 3kg untuk simpan stok.  Bukan senang nak jumpa daging kerbau ni ..kalau ada pun selalunya kat Negeri Sembilan.

Pagi raya ada gak buat rendang daging kerbau.  Nanti akak tepek ek.

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging kerbau (tak yah rebus sebab daging ni lembut)
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 8 biji bawang kecil* 
  • 5 biji bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1-2 sudu makan kicap manis 
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • sedikit air asam jawa
  • garam  dan air secukupnya    
Cara-cara
1.  Hiris daging nipis setelah di rebus. Jangan buang air rebusan.
2.  Goreng bahan-bahan bertanda * sebentar dan tumbuk kasar.

3.  Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar  sehingga terbit minyak.
4.  Masukkan bawang tadi dan garam  kacau sebati dan masukkan daging tadi.
5.  Masukkan juga air  dan tunggu sehingga kuah pekat sikit barulah dimasukkan kicap pekat.
6.  Kacau lagi dan akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa tadi.
7.  Rasa dulu  cukup garam atau idak..... barulah dipadamkan api.


p/s nak tanya kalau letak gambar besar gedabak lama tak ambil masa loading.kalau ok akak nak letak gambar besar tu.



p/s nak duit tak..joinlah milo can next games (klik kat sini)

Selasa, Ogos 09, 2011

Resepi Sup Tulang Jalan Doraisamy

Kalau buntu nak masak akak suka jejalan kat blog mak-mak yang suka masak.  Cadang nak masak sup tulang.  Terjumpa resepi sup tulang Jalan Doraisamy yang terkenal bagi penggemar sup terutama bagi orang lelaki.  Suami pernah bawa akak makan sekali kat situ tu pun dah lama dah.
Bila jumpa resepi ni terus buat..resepinya akak ambil dari blog Raihan dan beliau jumpa kat blog Otai Chef.  Yang lain akak ikut cuma part akhir akak tak ikut sebab tak nak sup tu jadi pekat sebab anak nak makan dengan bihun.

Bahan-bahan: (anggaran hidangan untuk 5 orang)
  • 1 kg tulang yang ada daging- boleh juga guna tulang rusuk/rawan
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 6 biji buah keras ditumbuk halus-tak letak
  • 8 biji bawang merah dikisar
  • 1/2 inci halia diketuk
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 6 kuntum bunga cengkih* rempah tumis
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 4 biji kentang dibuang kulit-dipotong 6
  • 2 batang seleri dipotong anggaran 1 ini panjang
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • ***Ikut Aan tambah sebji tomato dibelah 8
Cara membuatnya:
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk. Jika menggunakan periuk tekanan, tulang direneh anggaran 1 jam. Jika menggunakan periuk biasa, reneh(didihkan daging dengan api perlahan dan periuk bertutup) selama 2-3 jam.
 
2. Masukkan kentang dan seleri ke dalam periuk rebusan dan biar empuk. (tak buat part yang ini..akak biarkan ajer kentang dan saderi macam tu ajer)Setelah kentang lembut, keluarkan kentang dan seleri dan kisar halus bersama sedikit air rebusan. Masukkan semula ke dalam periuk rebusan.

3. Di dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia dan rempah ratus hingga wangi... (kalau nak tahu, baunya memang wangi dan membuka selera). Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan buah keras dan kacau seketika. Masukkan tumisan rempah tadi ke dalam periuk sup. 

4. Masukkan garam, tomato dan lada hitam kisar secukupnya. Biar mereneh hingga sup agak pekat.(tak tunggu pekat) Taburkan daun sup dan bawang dan sedia dihidang bersam nasi putih atau roti sandwic...

Selasa, Jun 28, 2011

Resepi Daging Masak Kicap Pedas

Kalau tak rajin masak akak masak kicap. Ala semua orang tau nak masak kicap kan. Tak perlah..akak tepek resepi ni supaya anak akak senang nak masak di kemudian hari.

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang/daging lembut-hiris tipis
  • 2 biji ubi kentang-hiris lebar dan goreng
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 1/2 sudu teh lada hitam-tumbuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 labu bawang besar-hiris bulat
  • 1/2 cawan kicap manis-akak guna chap kipas udang-nak lebih tambah lagi
  • 1 biji cili hidup-hiris serong
  • sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, goreng ubi kentang sehingga perang dan toskan.
2. Perlahankan api, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam sehingga wangi, baru masukkan cili kisar.
3. Biarkan cili masak baru masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air dan biar sehingga daging empuk.
5. Bila daging dah empuk masukkan sedikit garam, hirisan bawang besar, ubi kentang goreng dan cili merah.
6. Biarkan sekejap baru di angkat. Makan bersama nasi panas

Khamis, Jun 02, 2011

Gulai Daging (Rempah Cap Bunga Rose)/Nasi Hujan Panas

Ishhhh cuti sekolah pun sibuk gak menghantar anak ke sekolah, jauh pulak tu ke Rawang.  Apa nak buat ada kelas tambahan.  Menci jalan ke Rawang tu selalu jem, sekarang ni tengah buat jalan, lagi lah jem.  Pagi okey ajer tapi bila nak balik kat Tesco dah jem terpaksa pusing ikut highway plus, sampai umah dekat pukul 4.00 petang.  Tak apalah, demi kejayaan anak, sangguplah akak redah tu semua.
Macam-macam versi gulai daging ala terengganu ni yang pernah akak buat.  Ada yang letak gula kabung/melaka dan kerisik.  Kali ni akak tak letak tu semua, akak ikut resepi kat paket rempah Cap Bunga Rose.  Alhamdulliah sedap.

Bahan kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 hiris lengkuas
3 hiris kunyit
rasanya orang pantai timur tau rempah ni..akak dulu tak tau..pas member masak memasak bagi akak beli masa jejalan kat Pantai Timur
Bahan-Bahan
2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Rose-akak guna cili kisar
1 sudu besar rempah gulai Chap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Rose
1 sudu besar air asam jawa
2 mangkuk santan cair
4 biji lada merah (dibelah 4)
2-4 sudu minyak masak
akak tambah - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar-di hiris halus 
2 biji ubi kentang-belah 4 setiap satu

Cara-cara
1.  Tumiskan  hirisan bawang besar kemudian masukkan 2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Ros (cili kisar) dengan 2-4 sudu minyak masak sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah Cap Bunga Rose, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3. Masukkan daging dan gaul sehingga rata, biarkan seketika, setelah kecut masukkan pulak satu cawan air.
4.  Masukkan santan dan didihkan.  Setelah mendidih masukkan lada merah dan garam.
5.  Biarkan seketika kemudian padamkan api.
Makan dengan nasi hujan panas yang tiada warna sebab malas.  Pastu goreng papadum.
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
6 cawan air-
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah- tak letak

Bahan Tumis
1/2 inci halia - hiris halus (akak hiris  lebar)
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. (tak buat pun)  6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata.

Khamis, Disember 16, 2010

Resepi Daging Masak Merah

Buntulah nak masak. Selak-selak jumpa resepi yang pernah akak buat dulu. Daging masak merah ni sepatutnya letak pewarna merah masa merebusnya. Kali ini akak tak buat sebab pewarna merah dah habis.

Resepi ni akak ambil dari blog Puan Ummi.

Bahan:-
300 gm daging lembu -akak guna daging batang pinang
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
1. Hiris daging lebih kurang 5cm.
2. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit).
6. Tambahkan sedikit garam dan kicap air.
7. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar.
8. Tutup api dan hidangkan.

Selasa, Disember 14, 2010

Resepi Dendeng Berlada

Terima kasih kepada Broframestone sudi buat N3 pasal harijadi akak. Rasa happy pulak bila dia wish akak. Klik ajer kat http://www.broframestone.com/2010/12/selamat-ulang-tahun-kelahiran-kak-ina-kl/

Hari Sabtu lepas kami tenguk wayang di Wangsa Walk. Lepas habis tenguk wayang Nyangkung bersama suami, Ira dan Imran masing-masing kelaparan. Sebab cerita tu habis dalam pukul 4.00 lebih.
Suami nak makan nasi. Kami pun gi ke restoren Ayam Penyet yang ada di situ. Order ayam penyet, sup buntut aka sup ekor (rasa cam air ajer sup tu), rendang ayam minang dan dendeng berlado.

Geram betullah. Dendang berlado tu tebal sungguh..dahlah macam getah sekerap.
Tak puas hati sungguh.

Semalam akak buat sendiri kat rumah. Puas hati dapat makan banyak dan anak kata sedap.

Bahan-bahan
1 kilo daging batang pinang (daging lembut pun boleh)
2 inci halia - hiris lebar-lebar
4 biji bawang putih-titik dengan kulitnya
2 batang serai-titik hujung
1 helai daun salam
air secukupnya

Cara-cara
1. Basuh daging dan toskan. Potong 2 dan masukkan dalam periuk berisi air.
2. Masukkan halia, bawang putih, serai dan daun salam dan rebus sehingga daging empuk.
3. Bila dah empuk keluarkan dari periuk. Jangan buang air rebusan.
4. Hiris daging lebar-lebar kemudian goreng dengan minyak sekejap. Jangan lama nanti keras.
5. Tumbuk daging sehingga nipis selepas di goreng.

Bahan sambal
15-20 biji cili hidup
1 biji tomato
8 biji bawang merah
6 biji bawang putih
garam dan sedikit gula
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak jagung (minyak lain pun boleh)
2 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-cara
1. Kisar tomato dan cili merah bersama sedikit air. Jangan hancur sangat.
2. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih.
3. Tumis bahan tumbuk dengan minyak jagung sehingga naik bau.
4. Masukkan pula cili merah dan tomato yang telah di kisar dan garam.
5. Tumis sehingga naik minyak dan masukkan pula daging yang telah di tumbuk tadi.
6. Masukkan air rebusan dan biarkan sambal kering semula.
7. Bubuh sedikit gula bersama bawang besar dan kacau. Rasa dulu dan tutup api lalu masukkan jus limau kasturi dan kacau lagi.
8. Hidangkan bersama nasi panas.

Selasa, November 30, 2010

Resepi Bubur Nasi Daging

Dah lama dah buat bubur nasi daging ni. Akak pernah terbaca dalam satu artikel pasal salah satu kedai makan cina yang menjual bubur nasi ayam. Mereka rendam beras wangi dalam air mineral dari malam sebelum kita rebus beras tu.

Akak pun trylah gak ikut tip yang di berikan. Oh ...memang cepat..tak yah tunggu lama.


Akak beli tulang dan sedikit daging . Oleh sebab akak campak-campak ajer resepi ni...akak cuma bagi bahan agak-agak ajer yer.
Bahan-bahan
1 cawan beras wangi (beras biasa pun boleh) - basuh dan rendam semalaman dengan air mineral (air biasa pun boleh)
sedikit tulang
sedikit daging lembu
2 inci halia-potong lebar
3 biji bawang merah-hiris
4 biji bawang putih-hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1-1 1/2 sudu makan serbuk sup adabi
sedikit minyak
garam secukupnya
air secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh tulang dan daging. Rebus bersama beras yang telah di rendam dengan air yang secukupnya.
2. Goreng bawang putih dan bawang merah, setelah kuning baru masukkan rempah sup bersama sedikit air dan hirisan halia. Padam api.
3. Masukkan ke dalam periuk berisi beras dan tulang tadi. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
4. Rebus dengan api sederhana/kecil sehingga beras hancur dan pekat.
5. Rasa dulu dan barulah di padam api.
6. Taburkan hirisan daun sup/bawang.

Bahan sampingan
sedikit daun sup dan daun bawang -dihiris
sepatutnya ada bawang goreng lagi di tabur kat bubur nasi-malas nak buat
Suami akak kalau sarap bubur nasi mesti ada ni..kalau idak tak cukup korum..ikan bilis, hirisan bawang besar dan hirisan cili hidup
Nak tenguk versi bubur nasi ayam gi ke sini yer
http://www.kakinakl.com/2009/07/bubur-nasi.html

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...