OOO

Memaparkan catatan dengan label perjalanan ke india. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjalanan ke india. Papar semua catatan

Rabu, Februari 16, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Pertama

7hb. February 2011
Ke LCCT Sepang pukul 12.30 tengahari. Sampai ke situ terus check in. Nasib baik tak terlebih berat beg yang kami bawa. Makan tengahari kat situ dan dalam pukul 2.30 petang terus masuk kedalam balai berlepas.
Kapal terbang meluncur ke udara dalam pukul 3.30 petang dan setelah 4 jam kami selamat sampai di Airport Bangalore. Setelah passport di chop oleh imigresen dan melepasi kastam kami cari driver yang datang dari davengere untuk naik pula kereta ke sana. Bila tenguk ada yang pegang kertas tertulis nama suami dan akak dah confirmlah beliau tu driver dari tempat Yana.

Kat air port lagi akak dah sms Yana bagitau kami dah tiba. Sms punya sms kredit habislah pulak. Sekali sms kena dekat RM2.00.
Setelah driver memuatkan 4 biji beg dalam pukul 6.30 petang waktu tempatan (2 1/2 jam lebih awal dari Malaysia) bermulalah pengembaraan selama lebih kurang 5 jam. Waktu malam tak ada yang boleh di lihat, 1 jam pertama ikut jalan kampung dan 4 jam melalui jalan tol.
Alhamdulliah driver cuma berhenti selama 5 minit sahaja dan selepas tu perjalanan lancar sehingga ke hadapan pintu hostel tempat pelajar Malaysia di tempatkan. Oleh sebab kredit dah habis suami akak minta tolong driver call Yana.
Sekarang ni Yana dah duduk di rumah sewa, kami tunggu kat situ dan tak sampai 5 minit Yana tiba nak tunjukkan jalan ke rumah beliau. Dalam pukul 11.00 malam kami selamat sampai kat rumah Yana.
Nasib baik Yana dah siap masak. Apa lagi...makan ajerlah.
3 beg penuh dengan makanan malaysia.
p/s maaf yer komen tak jawab. Penat. Jomlah join contest akak tu yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...