OOO

Memaparkan catatan dengan label Barang hantaran untuk majlis pertunangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barang hantaran untuk majlis pertunangan. Papar semua catatan

Isnin, Disember 17, 2012

Akak Bakal Mendapat Menantu

Assalammualaikum
Ada ker yang tertunggu-tunggu N3 akak ek.

Terima kasih buat semua yang sudi memberi komen N3 semalam.
Selalu ikut orang gi majlis camni..bila tiba majlis sendiri barulah terasa debaran di hati.
Akak dan suami pergi merisik gadis idaman hati anak lelaki pada hari raya yang lepas.  Kata sepakat telah di pilih pada 15hb. Disember 2012 akan diadakan majlis pertunangan.
 Semua muka serius mendengar perbincangan 
kedua belah pihak termasuklah akak.  
Tak leh campur beb..cuma dengar ajer
terima kasih abang ipar yang mewakili kami berdua 
bersama adik dan suami kak intan
cincin pertunangan
sepersalinan pakaian
Cupcakes hantaran dari Ruby salah seorang blogger yang akak pernah kenal dah lama dah.
 Sirih junjung dalam bakul..suka akak tenguk..semua hantaran 
adalah hasil kerja tangan Kak Intan
Terima kasih  Kak Intan
 Hantaran dari pihak perempuan
 tuala
 kek red velvet yang sedapppp
 coklat sedap
wangi wangian
 buah
 sirih junjung (cilok dari fb tunang anak)
5 dari pihak kami dan  7 dari pihak perempuan
alahai tak berapa nampak cincin pertunangan ni
Oleh kerana anak akak ni cucu sulung..akak suruh mak akak sarungkan cincin pertunangan. Teringat arwah abah yang teringin nak melihat majlis pertunangan cucu pertama beliau tapi apakan daya. Al fatihah buat arwah abah.
 cincin pilihan mereka berdua
 Untuk kenangan..tersenyum simpul
 Kakak kesayangan
 Ipar duai
Anak saudara belah akak..kebetulan ada pula yang pakai pink
kakak ipar  dan adik ipar bersama anak-anak
Makan time..Wah tersenyum gembira mereka ni semua
 
Alhamdulliah bermacam juadah yang di sediakan buat kami.  
Terima kasih kepada semua yang hadir..maaf jika ada yang terkasar bahasa
Tersenyum lebar anak akak sebab dah tertunai hasrat dihati..
ok anakku..mulai sekarang jangan membazir duit tak tentu pasal.  Cepat-cepat penuhkan tabungan jika nak cepat naik pelamin.

Doakan yer agar semua urusan seterusnya akan termakbul dan di permudahkan olehnya.

p/s dah mula pikir macam-macam ni..biasalah hati seorang ibu yang pertama kali nak terima menantu..teruja bebbbb.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...