OOO

Memaparkan catatan dengan label aktiviti di Taman Negara Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti di Taman Negara Pahang. Papar semua catatan

Isnin, Mac 05, 2012

Rainforest Taman Negara Pahang

 
Terlupa nak buat N3 ni tapi dah draft dah...tak perlah akak buat gak sebab nak simpan jadi kenangan.
Masa gi ke Taman Negara tahun lepas , kami tinggal di sini Rainnforest Taman Negara Pahang selama 3 hari 2 malam.  Oleh sebab trip ni anjuran office suami akak semua urusan di jalankan  oleh company travel.  
 Akak ajer yang bawak anak beranak, dorang yang lain single dan ada 2 pasangan suami isteri.
Bilik yang di sediakan kira oklah, selesa gak nak tidur.  Kami ambik 2 bilik..takkan nak duk satu bilik ajer..kacau daun ajer akak dan hb nak berdua-duaan..ahakss
chakkk...duk bawah rumah orang Asli.. Kalau korang nak tenguk 
pakej yang di tawarkan korang boleh ke SINI
Masa makan malam hari pertama, kami tak puas hati sebab lauk-pauk yang disediakan tidak mencukupi.  Taulah ajerlah bila lelaki paling ramai, mestilah lauk cepat habis...sebabnya kami keluar lambat untuk makanmalam. Tension bila tenguk lauk banyak yang habis.
sarapan pagi ok pulak..banyak makanan
Bila malam ke 2 barulah dorang cepat-cepat masak lauk lain jika ada lauk yang habis.  Kami keluar gi makan malam awal sebab takut jadi macam malam pertama
Patutnya akak ikut gak 2 boat panjang gi ke sini..tapi disebabkan sorang budak pempuan sakit perut dan bot dah penuh terpaksalah akak balik ke bilik.  Akak cuma tenguk gambar ahli rombongan jadi tarzannn selepas melawat perkampungan orang asli
Kat sini dorang mandi manda dan bergayut macam monyet lepas seorang demi seorang, tapi anak-anak akak tak bergayut sebab hb akak tak kasi
Anak akak kata ada seorang member hb budak perempuan tersembam atas pasir.  Bila  jatuh geng lelaki berkejaran gi tolong dia, nasib baik tak apa-apa.
Kalau korang nak tau aktiviti dan kisah Taman Negara  korang  bolehlah terjah  ke SINI, SINI,  
 Lepas tu mereka teruskan aktiviti...mandi mandaaa lagiii pastu..
yehaaaaaaa lompat jangan tak lompat
 salah satu aktiviti di perkampungan orang asli
Boleh baca gak kat SINI, SINI  dan SINI
Semua basah kuyup ..penat memang penat tapi happy..inilah percutian yang paling best kami pernah pergi sepanjang family trip tempat kerja hb. 
 Kira adventure dan mencabar kemampuan diri sendiri terutama kena jungle tracking dan canopy walk yang jambatan bergoyang-goyang bila berjalan diatasnya dan tak sangka akak mampu melakukannya.

Nanti kalau ada rezeki nak bawa 2 orang anak yang tak dapat join Russhdi dan Yana tapi bukan tahun nilah..insyallah

p/s Member akak pun bawa family dia ke sini sebab mereka anak beranak teruja baca N3 akak.  Jom kita pegi Taman Negara cuti sekolah minggu depan.


Isnin, Ogos 08, 2011

Menyelami Kehidupan Orang Asli Di Taman Negara Pahang

Bila tenguk kehidupan mereka disini, terasa berapa untungnya akak dan anak-anak.
tanpa pintu dan tingkap yang sempurna..isinilah tempat mereka
berlindung dari hujan dan panas terik
Masak memasak tanpa dapur yang cantik dan canggih..
alahai teringat kenangan masa kecik main pondok-pondok
tiada kemudahan air yang sempurna..sambungan getah yang di sediakan
oleh krew filem Hanyut..dulu air di ambil dari bukit
Tiada tilam tebal dan bantal empuk..bilik tanpa hiasan
tiada makanan yang enak dan berkhasiat tapi badan tetap sehat
pakaian ala kadar cukup menutupi apa yang perlu
..tiada baju sutera....tiada aksesori di badan
tiada internet, tv, ps, psp dan mainan canggih ...
walaupun begitu... mereka tetap riang gembira
gelak ketawa bersama rakan sebaya
Rumah tinggalan krew filem Hanyut-ada yang bersekolah dan ada yang tidak...jika bersekolah mereka cuma mendapat pendidikan asas setakat tau menulis dan membaca. Selepas tu mereka tidak berminat nak meneruskan pelajaran dengan alasan sekolah jauh dan sering berpindah randah.
Membantu sekadar yang mampu... ada yang membeli c
enderahati sumpit berharga RM25.00 satu
beramah mesra sambil mendengar cerita dari tok batin
bercerita sambil menghisap rokok..salah satu yang mereka perlukan..
garam dan beras salah satu barang keperluan sementara lauk pauk cari dalam hutan sahaja
apakah yang di fikirkan oleh kami berdua? Tentu masing-masing
memikirkan perkara yang berbeza
merenung masa depan yang tak pasti

p/s banyak gambar lagi ..nanti akak nak upload kat fp akak kakinakl.com

Rabu, Julai 20, 2011

Best Gilerrrr Rapid Shootings Kat Taman Negara Pahang

Lepas makan, berehat sekejap merehatkan diri. Dalam pukul 2.00 lebih kami semua berkumpul di jeti. Bermulalah acara yang paling di tunggu-tunggu oleh semua...acara membasahkan diri.
Ada 4 boat kesemuanya. 3 untuk berbasahan dan satu lagi untuk yang tak nak basah kuyup.
Akak kat boat terakhir sambil pegang segala gadget yang di masukkan ke dalam beg plastik. Kami gelak ketawa tenguk mereka semua basah kuyup
juru pandu yang paling best ..akak ashik dapat dia ni ajer..tapi lupa pulak nak minta no hp
bukan sajer basah kuyup tapi basah lecun...
rasa jelouslah pulak tak rasa pengalaman camni
Terdengar jeritan...aaaaaaaaaaaaa....ooooooooooo...yeeeeee..alahai lagi jelous
macam nilah cara mereka semburkan air kat boat yang lain...peranggggggggg aiiiiiirrrrrrrr
Akhirnya sampai ke destinasi yang di tuju. Chewah berlagak...basah sikit ajer kat bawah...tu pun sebab ada tukang bawak boat dengki..dia gi siram air kat kami...terjerit-jerit kitaorang dibuatnya.
Tak boleh belah bila tenguk muka masing-masing bila turun dari boat...lecunnnn selecunnnnya..

Sape nak tenguk video kat sini

Sape nak tenguk gambar rapid shootings ni bolehlah jenguk kat fanpage akak ("kakinakl.com")


Jumaat, Julai 15, 2011

Bukit Terisek Taman Negara Pahang

Tak habis lagi cerita pegi ke Taman Negara ek..nak buat camner, banyak sangat yang nak di ceritakan dalam blog akak ni.  Akak buat gak N3 sebab akak ibaratkan blog akak ni ibarat diari kehidupan akak sebab dari masa sekolah rendah hingga bekerja akak suka tulis dalam diari setiap apa yang terjadi. Semua ni buat kenangan untuk anak cucu jika akak tiada nanti dan anak-anak boleh jadikan sebagai iktibar dan rujukan terutama himpunan resepi yang akak masak untuk mereka.
Oleh kerana akak dan suami tak larat nak mendaki sehingga ke Bukit Terisek, kami berenam termasuk juru pandu turun semula ke bawah.  Firdaus, Ira dan Imran mengikut kumpulan ke 2 (pertama dah pegi dulu baru panjat Canopy Walk) bersama seorang jurupandu.
Cabaran nak turun lagi leceh rupanya.  Ashik tersepak akar yang berselirat kerna kami tak ikut jalan yang sama.  Akak terpaksa gunakan kayu sebagai tongkat sebab takut tersembam jatuh ke tanah.

Kadang-kadang suami tolong pegang tangan, fuhh terasa romantiklah pulak dan akhirnya selamat gak sampai ke tepi sungai dan naik bot ke restoren terapung Liyana untuk makan tengahari. 
 Masing berselera makan ..kelaparan setelah menghabiskan banyak tenaga.
Ada ikan masak sambal, kari ayam, sayur taugeh dan semestinya masakan ikan patin.  Lepas makan ada yang balik ke bilik masing-masing untuk berehat sebentar sebelum aktiviti seterusanya.  Akak tak balik sebab tunggu 3 orang anak.  Selagi tak tenguk muka mereka akak rasa tak senang hati.
Bangganya mereka sebab dah sampai ke Bukit Terisek.  Ikut kata anak nak naik sini payah gak sebab kena daki bukit yang agak curam
Berehat sebentar di sini menghilangkan lelah, suami akak dah 
pernah naik keatas masa ada motivasi pada 4 tahun lepas, tu sebab dia tak nak naik lagi.
Jurupandu berbaju oren
Oleh sebab akak tak ada, harapkan ajer gambar dari orang lain.  Memang kena bawa air bebanyak, sebab ashik dahaga.  Di Canopy Walk ada jual air dan tandas. Sebelum naik ke sini pergilah ke tandas dahulu sebab kat atas tiada tandas tau.
Ira dan Imran tinggal berdua, Firdaus tak larat, dia berehat di pertengahan jalan bersama seorang lagi anak dara.  Kononnya dia temankan anak dara tu, sebab bahaya kat dalam hutan sorang-sorang.  Bagi budak-budak cabaran macam ni senang sebab mereka memang sukakan aktiviti lasak macam ni.
Setelah berehat seketika, mereka kena turun sepantas yang boleh sebab takut tak sempat nak menyertai kami nanti.  Dari kejauhan dah nampak mereka dalam bot panjang.
Lega rasa hati bila dah nampak muka mereka, alhamdulliah selamat gak tiba.
Sementara mereka bertiga gi makan, akak balik dulu dengan suami.  Apalagi mandi manda dan lepak nak rehatkan badan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...