Blog akak masuk gak dalam Digi WWWOW Awards tahun ini. Kali ini ramai betul blogger yang mengambil bahagian tak macam tahun lepas. Tujuan masuk cuma nak memperkenalkan blog picisan akak. Kalah atau menang tu adat pertandingan...janji kita dah mencuba setakat yang termampu.
Oleh sebab blog akak ni penuh gambar makanan dan resepi akak bertanding dalam kategori Nuffnang :: Fave Makan-Makan Expert
dengan trademark Hidup Untuk Makan atau Makan Untuk Hidup.
Ada gak gtb yang bertanding secara sehat kali ini.. masing-masing ada cari tersendiri nak suruh orang VOTE sebab memang susah nak paksa orang vote sebenarnya...dahlah kena VOTE hari-hari sampai lebam.
Alhamdulliah dan terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan fb yang sudi vote akak walaupun akak tak promosi beria ia dapat gak masuk TOP 20 bagi kategori ini.
Hari ini merupakan hari terakhir untuk VOTE dan semuga blog akak akan di kenali lagi selepas ini.
Resepi dan makanan niche blog ini
Makanan di hidang setiap hari
Janganlah kita merasa iri hati
Andai kata tak jadi pemenang kali ini
