OOO

Memaparkan catatan dengan label Manchester United Football Club. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manchester United Football Club. Papar semua catatan

Selasa, Jun 07, 2011

Yezaaa akhirnya sampai gak kat Stadium Manchester United /The Red Devils

Oleh kerana perjalanan yang di ambil memakan masa berjam-jam kami kena gerak awal dan dah tentulah akak masak pepagi dan menu yang paling senang spagetti dan nasi goreng.
Harga minyak di UK memanglah mahal dari Malaysia, tak aperlah sebab kalau jejalan guna highway tak kena tol. Kat sini tak kira km tapi masih lagi guna miles/batu..akak kadangkala keliru ingatkan dah dekat bila tenguk papantanda..tapi sebenarnya masih jauh.
Sepanjang jejalan dan gunakan lebuhraya, tak pernah lagi akak tenguk ada kemalangan, walaupun kat sini boleh merempit ikut suka hati nak bawak sampai 200km pun boleh. Tu sebab kat sini banyak yang guna kereta canggih manggih..harga kereta berjenama mewah kat sini memang murah sungguhlah.
Tempat rehat
Kali ni kami ke Manchester pula dan mengambil masa 3 jam lebih lebih baru sampai. Dah tentulah kitaorang nak gi tenguk Stadium Manchester United yang terletak di Sir Matt Busby Way, Old Trafford, Greater Manchester, England.

Masa akak sampai banyak gak rakaman dari negara lain..tentulah mereka nak ambil gambar di Stadium ni sebab
Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia . Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali.(info di wikipedia)
The United Trinity, a statue of Manchester United's "holy trinity" of Best, Law and Charlton. Engku Imran suami Erra Fazira pun fan MUFC..member Russhdi pun fanatik dengan pasukan ni. Janganlah nak kutuk red devils ni, mesti ada yang tarik muka.
The Hublot clock tower in Old Trafford's car park E1
Akak pulak...hermmm taulah serba sikit sekarang ni sebab dah pegi kat sini akak ikuti perkembangan MUFC sekarang ni. Tapi sayang ek sebab kalah hari tu. Sekarang ni tengah hot kisah skandal Ryan Giggs dengan model tu. Dan juga kisah Wayne Rooney yang sibuk nak lebatkan rambut.
Imran paling tak suka pasukan Red Devils ni ..dia yang kata..mak ni,tempat setan merah pun pegi . Mestilah pegi, entah bila mak nak sampai lagi. Mentang-mentanglah dia penyokong kuat Chelsea.
Oleh sebab suami tak berapa minat dengan pasukan bola Manchester United, kami tenguk ajer barangan kat sini. Akak manalah tau pasal bola, pasal masakan bolehlah. Ambil gambar untuk kenangan ajerlah kat dalam ni.
Posing kat Old Trafford's car park E1.Syoklah tenguk keta kat uk ni..best-best dan harga pun murah sungguh. Yang mahal insuran dan road tax.
Tak berani nak naik teksi kat UK...mahal sungguh.

p/s Ada lagi gambar kat N3 yang dulu Kat Sini

Sabtu, Disember 18, 2010

Chelsea Vs Manchester United-Battle of the Champions


Bagi peminat bola Inggeris terutamanya penyokong pasukan Chelsea dan Manchester United tentu tak sabar-sabar untuk menunggu dan tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan permainan pasukan kesayangan mereka pada hari Ahad 19 Disember pada pukul 12 pagi.

Bagi peminat-peminat bola sepak inggeris, perlawanan ini merupakan yang paling menarik dan sengit untuk ditonton terutama anak dan suami yang memang fanatik habis menyokong Chelsea.


Bagi yang tidak kenal dengan team-team yang gempak ni, ada sedikit info untuk kedua-dua pasukan.


Nama Penuh : Chelsea Football Club
Nama Samaran : The Blues
Lokasi Stadium : Stamford Bridge
Pengurus : Carlo Ancelotti
Ketua Pemain : John Terry
Pencapaian : Juara Barclay's Premier League(BPL) 2009-2010, 2005-2006, 2004-2005
Juara FA CUP 2006-2007, 2008-09, 2009-2010

Nama Penuh : Manchester United Football Club
Nama Samaran : Red Devils
Lokasi Stadium : Old Trafford
Pengurus : Alex Ferguson
Ketua Pemain : Gary Neville
Pencapaian : Juara Barclay's Premier League(BPL) 2008-2009, 2007-2008, 2006-2007
Juara FA CUP 2003-2004
Juara Liga UEFA 2007-2008
Tengok pencapaian pun dah kira bagus antara kedua-dua kumpulan . Sedikit info tentang pemain tunggak dalam kumpulan masing-masing.
Nama Penuh : Didier Yves Drogba Tébily
Tarikh Lahir : 11 Mac 1978
Tempat Lahir : Ivory Coast
Pencapaian : Premier League Golden Boot 2010
PFA Team of the Year 2010
West African Footballer of the Year 2010
Chelsea Player of the Year 2010
BBC African Footballer of the Year 2009
African Footballer of the Year 2009

Nama Penuh : Wayne Mark Rooney
Tarikh Lahir : 24 Oktober 1985
Tempat Lahir : England
Pencapaian : FA Premier League Player of the Month January 2010
Sir Matt Busby Player of the Year 2009–10
FWA Footballer of the Year 2009–10
PFA Players' Player of the Year 2009–10
PFA Fans' Player of the Year 2009–10
PFA Premier League Team of the Year 2009–100
Barclays Player of the Season 2009–10
England Player of the Year 2009
FIFA Club World Cup Golden Ball 2008


Info terbaru. Update

Wah best ni..boleh gi ambik voucher ni kat Restoren mamak yang terpilih. Ajak member-member sekali yer.


Boleh klik kalau nak tenguk lebih jelas lagi
http://www.tm.com.my/about-tm/PromotionsNHighlights/promo/Pages/viewingparty.aspx

Pada korang yang tak tau lagi ape itu Everyone Connects to boleh la pergi ke laman web http://www.everyoneconnects.net.

Apa tunggu lagi, jom singgah ke website Everyone Connects yang gempak.

Pada anda yang mahu melanggan sebarang perkhidmatan TM seperti Streamyx, UniFi dan produk yang lain-lain, anda akan mendapat barangan-barangan exclusive TM Man Utd dan juga Fan Zone seats. Bestkan.

Apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai gi pada hari Ahad ni. Kalau yang lelaki tengok bola, yang perempuan kita borak-borak la.

Agaknya pasukan mana yang mana menang?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...