OOO

Memaparkan catatan dengan label Resepi Pizza Maggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Pizza Maggi. Papar semua catatan

Ahad, April 17, 2011

Resepi Pizza Maggi


Pizza ni anak akak Ira yang buat, jadi abaikanlah kecomotan pizza ni ek.  Hairanlah ek budak-budak ni apa pasal suka sangat makan maggi.  Imran pun sama...kalau tak di control mana boleh..tapi dek sebab dia balik 2 minggu sekali dari asrama..kasi canlah dia makan.  Janji jangan menyusahkah omak dio yang nak berblog ni iyo.
 
Bahan-bahan
1 bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)-tak letak
Bawang besar (dihiris nipis)-tak letak

Cara:
  1. Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.
  2. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. 
  3. Gaul hingga sebati.Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...