Pizza ni anak akak Ira yang buat, jadi abaikanlah kecomotan pizza ni ek. Hairanlah ek budak-budak ni apa pasal suka sangat makan maggi. Imran pun sama...kalau tak di control mana boleh..tapi dek sebab dia balik 2 minggu sekali dari asrama..kasi canlah dia makan. Janji jangan menyusahkah omak dio yang nak berblog ni iyo.
Bahan-bahan
1 bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)-tak letak
Bawang besar (dihiris nipis)-tak letak
Cara:
1 bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)-tak letak
Bawang besar (dihiris nipis)-tak letak
Cara:
- Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.
- Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi.
- Gaul hingga sebati.Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.
Makan semasa panas dan boleh dicicah dengan sos dan mayonis.
