OOO

Memaparkan catatan dengan label Resepi cornflakes cluster praline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi cornflakes cluster praline. Papar semua catatan

Isnin, September 12, 2011

Biskut Kellogg's Corn Flakes Beri Rochel

Akak ambil resepi ni kat kotak Kellogg's Corn Flakes.  Lebih kurang cam resepi yangresepi cornflakes cluster parlline dulu tu..cuma yang ni guna cranberry kering.  Akak tukar ke badam cincang sebab anak tak suka makan buah-buahan kering camtu.
Bahan-bahan
  • Kellogs Corn Flakes 300gm
  • Coklat susu kompoun 500gm-guna dark coklat (sangai/bakar dulu)
  • Cranberry kering (cincang)-tukar ke badam cincang
  • Cawan Kertas kecil  1 roll
Cara-caranya
1.  Cairkan coklat susu, kemudian masukkan Kellog's Corn Flakes, badam cincang (cranberry kering) dan gaulkan coklat sehingga menutupi bahan tadi.
2.  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, taburkan badam cincang, kemudian masukkan ia ke dalam peti sejuk selama 3-6 minit agar coklat keras.
3.  Kellogs's Corn Flakes Berry Rachel sedia di hidangkan.

Selasa, September 06, 2011

Resepi cornflakes cluster praline

Bila dah penat buat kukis coklat chip, akak cari kukis yang sonang di buat untuk hidangan kat umah pulak.  Jemu dah anak-anak makan kukis yang akak buat jualan masa hari raya lepas.
Senang bebenar nak buat kukis ni, akak buat hari Ahad lepas untuk bekalan Ira bawa balik ke asrama dan akak cari resepi sebab kecian tenguk kak long akak beli kukis ni mahal berdentum.  Dah pandai buat nanti akak jual kat kak long akaklah pulak.

Resepi ni akak ambil dari blog Chef Asma. Akak ubahsuai ikut stok yang ada kat umah.

Bahan - bahan
150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle ) akak guna kellogs
50 gm almond strip - bakar dahulu-akak guna almond cincang
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella-tak letak
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup
Hiasan akak taburkan badam cincang ajer

 Cara-caranya
1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "
2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.
3. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.
4. Taburkan badam cincang dan masukkan dalam peti sejuk dalam 10-15 minit baru dimasukkan dalam bekas kedap udara

kalau nak tenguk secara detail gi ke link blog dia yer kat atas tu

Jom Pegi Kat Sini
Experience Volkswagen, Das Auto (info klik kat sini)

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...