OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat biskut cornflakes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat biskut cornflakes. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 27, 2012

Biskut Cornflakes Ranggup

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya buat semua
 
Tak sempat buat kukis untuk raya sebab sibuk siapkan tempahan kukis coklat chip dan berulang alik ke hospital.  Balik dari kampung suami malam raya ke 3, hari ke 4 baru mula bergotong royong dengan anak-anak pempuan buat 2 jenis kukis.  Salah satunya Popia Nestum..Yana dan Ira nak bawa pulang ke tempat belajar masing-masing.

Biskut ni sedap dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir.  Akak guna butter SCS jadi bau dan rasanya lebih sedap dari menggunakan butter yang lain.  Tepung pula akak guna tepung gandum biasa yang di campur dengan 1 sudu teh baking powder sebab tepung naik sendiri tak adalah pulak kat umah. 

Gula aising pun akak tukar ke gula perang/brown sugar sebab stok gula aising dan castor tak adalah pulak dalam kabinet..dah malam mana ada kedai buka. Kalau boleh gunakan cornflakes ori untuk mendapatkan hasil yang terbaik.  Terima kasih kepada Yatie  yang sudi berkongsi resepi.


Bahan-bahan :
250 gm mentega-SCS
3/4 cawan gula aising-tukar ke gula perang 
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (diramas sikit)-jenama Nestle
2 cawan tepung naik sendiri-tepung gandum + baking powder (ayak)
mangkuk kertas secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. Gaul sebati menggunakan senduk kayu saja.
  4. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit. (Akak bakar cuma 15 minit sahaja)
  6. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Isnin, September 12, 2011

Biskut Kellogg's Corn Flakes Beri Rochel

Akak ambil resepi ni kat kotak Kellogg's Corn Flakes.  Lebih kurang cam resepi yangresepi cornflakes cluster parlline dulu tu..cuma yang ni guna cranberry kering.  Akak tukar ke badam cincang sebab anak tak suka makan buah-buahan kering camtu.
Bahan-bahan
  • Kellogs Corn Flakes 300gm
  • Coklat susu kompoun 500gm-guna dark coklat (sangai/bakar dulu)
  • Cranberry kering (cincang)-tukar ke badam cincang
  • Cawan Kertas kecil  1 roll
Cara-caranya
1.  Cairkan coklat susu, kemudian masukkan Kellog's Corn Flakes, badam cincang (cranberry kering) dan gaulkan coklat sehingga menutupi bahan tadi.
2.  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, taburkan badam cincang, kemudian masukkan ia ke dalam peti sejuk selama 3-6 minit agar coklat keras.
3.  Kellogs's Corn Flakes Berry Rachel sedia di hidangkan.

Khamis, September 08, 2011

Resepi Biskut Bebola Cornflakes

Ikutkan memang malas nak buat kukis lagi, tapi dah janji dengan adik ipar nak buatkan kukis  cornflakes sebab dia nak buat open house.  Resepi ni lebih kurang cam resepi kukis cornflakes yang lalu cuma di campur badam cincang (patutnya kismis) dan di letak dalam paper cups.

Resepi dari Ummi @ Home Sweet Home tapi akak ambil dari blog  HaSue@sue-hasue.blogspot.co.  Akak buat sekali ganda.

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)-guna badam cincang yang telah di bakar sekejap.
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. *Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, Ogos 27, 2011

Resepi Biskut Cornflakes

Sedap dan ranggup kukis ni. Nak buat pun senang bebenar. Nak sedap gunakan jenama Kellog's.

Bahan-bahan
  • 250gm butter (1 buku)
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 kotak cornflakes -diramas sedikit-masuk dalam adunan
  • 1/2 kotak untuk salut

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan tepung dan cornflakes.
  3. Sudukan dan salutkan dengan cornflakes dan bakar kira-kira 20 minit.
  4. Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam balang.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...