OOO

Memaparkan catatan dengan label aktiviti pantai di pulau pangkor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti pantai di pulau pangkor. Papar semua catatan

Selasa, Jun 05, 2012

Happy Dapat Bercuti Di Pulau Pangkor

Malas tul nak update blog sebab ashiklah menjengkit ke sana ke sini bila anak-anak cuti sekolah ni.  Akak nak  share lagi gambar bercuti ke Pulau Pangkor..
 
Masa bercuti ke Pulau Pangkor kami duk lepak kat sini.  Tak jauh dari jetty..nak van@taxi kena RM10.00 sahaja.
 
Akak cari kat Booking.com...happynya dapat harga yang murah di situ.  Baca feedback dari tetamu kata tempat ni kira ok dan mampu dengan duit dalam dompet akak.
  
Happynya dapat breakfast di tepi pantai.  Akak tak tau pun empunya hotel ni berbangsa India..jadi bila breakfast adalah capati dan tosei.  Di sini ada 3 hotel yang melambangkan satu malaysia. Satu kepunyaan orang Cina, satu orang India punya dan sebelahnya orang Melayu punya..
Happynya duk sini sebab dekat pantai...Boleh bervangan tenguk air laut, lepak tepi pantai, main pasir dan tenguk matahari terbenam..ala macam kat Bali tu
Happynya dpat bervangan jadi puteri macam cerita bawang putih bawang merah..sambil main buaian akak suruh ira nyanyi lagu fofolur dalam filem tu..laju buaiku laju..aku nak kawin dengan anak raja.. (mak dia bervangan)
Happynya bila bilik pun okey .. magic tak Ira..towel terbang kat depan dia
 
 kolam renang taklah besar mana..tapi anak-anak happy sebab tak ramai orang
 
Happynya dapat ke sini sebab boleh beli ikan masin yang segar..geram tul ..rasa cam nak beli semua..nasib baiklah ada tukang bagitau..jangan ikut nafsu..
ikan bilis memang baru punya..akak beli banyak sebab kat rumah ni penggemar sambal goreng ikan bilis campur tempe..sampai sekarang pun tak habis lagi
Happynya jika dapat meronda berdua dengan hb guna motosikal camni ..
happynya anak-anak sekolah ni...ashik berendam ajerlah kerjanya
 
hati berbunga-bunga dibuatnya..terasa semuanya indah belaka bila pergi bercuti sebegini

Selasa, April 24, 2012

Aktiviti Malam Di Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor Malaysia

Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Tahun 2012 adalah  merupakan Tahun Melawat Perak (TMP).

Pulau Pangkor juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.  Selain dari aktiviti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing di sini juga ada  aktiviti lain pada waktu malam di Pantai Telok Nipah.
Di sini ada pasar malam yang menjual bermacam-macam barangan cenderamata, makanan serta minuman.
 Anda juga boleh melakukan aktviti berbasikal, memancing ikan dan juga mencandat sotong.

 

Selain itu Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi dan dah tentulah semua makanan laut yang di jual di sini adalah segar-segar belaka.

Kami tak melepaskan peluang menikmati makanan laut di Pantai Teluk Nipah bersama-sama ramai lagi pengunjung dan pelancung di sini.  

Ikan ini menjadi pilihan untuk di bakar dan di makan bersama air asam.  Tapi tak ingat apa nama ikan ini, pertamakali akak tenguk dan nak merasanya.

Ikan dan sotong yang telah di pilih, kami suruh penjual tu  bakar sahaja dengan bara arang dan setelah masak, disiram pula dengan sambal yang sedap.

Harum semerbak bau ikan yang sedang di bakar membuatkan perut merasa lapar dan tak sabar nak menikmatinya

Makanan laut yang di makan panas-panas memang sedap sambil menghirup udara segar di tepi pantai di waktu malam. Puas hati sebab semua makanan yang dihidangkan memang kena dengan tekak kami sekeluarga. 

Anak-anak makan ikan bakar sampai ke tulang temulang dek sebab rasa ikan yang manis dan sambalnya  yang sedap.  Jumlah semua makanan termasuk air tak sampai RM100.00..murah bukan

 

Bila perut dah kenyang, ada 2 orang penyanyi yang menyanyi lagu kesukaan pengunjung yang datang menyanyi dari meja ke meja.

Yang best sebab kami boleh pilih lagu kegemaran,
suami akak pilih lagu evergreen Hotel California
 Wah Imran dan Fridaus pun ikut menyanyi lagu sama.  Selepas tu mereka ajak kanak-kanak menyanyi ramai-ramai lagu kanak-kanak...satu bla bla..dua bla bla..sampai empat...(tak ingat pulak tajuk lagu ni)
  
Ada juga yang berkelah di waktu malam dan ada yang sedang memancing ikan
Selepas itu kami berjalan-jalan ke gerai yang ada di situ.

Best ker tak baca kisah akak ni?  Kalau best, jomlah cuti sekolah ni bercuti ke Pulau Pangkor Malaysia

Jangan lupa vote blog  akak melalui fb untuk 4 kategori

Jika nak tau lagi tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia bolehlah ke Tourism Malaysia

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...