OOO

Memaparkan catatan dengan label percutian di pulau pangkor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian di pulau pangkor. Papar semua catatan

Selasa, April 24, 2012

Aktiviti Malam Di Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor Malaysia

Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Tahun 2012 adalah  merupakan Tahun Melawat Perak (TMP).

Pulau Pangkor juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.  Selain dari aktiviti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing di sini juga ada  aktiviti lain pada waktu malam di Pantai Telok Nipah.
Di sini ada pasar malam yang menjual bermacam-macam barangan cenderamata, makanan serta minuman.
 Anda juga boleh melakukan aktviti berbasikal, memancing ikan dan juga mencandat sotong.

 

Selain itu Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi dan dah tentulah semua makanan laut yang di jual di sini adalah segar-segar belaka.

Kami tak melepaskan peluang menikmati makanan laut di Pantai Teluk Nipah bersama-sama ramai lagi pengunjung dan pelancung di sini.  

Ikan ini menjadi pilihan untuk di bakar dan di makan bersama air asam.  Tapi tak ingat apa nama ikan ini, pertamakali akak tenguk dan nak merasanya.

Ikan dan sotong yang telah di pilih, kami suruh penjual tu  bakar sahaja dengan bara arang dan setelah masak, disiram pula dengan sambal yang sedap.

Harum semerbak bau ikan yang sedang di bakar membuatkan perut merasa lapar dan tak sabar nak menikmatinya

Makanan laut yang di makan panas-panas memang sedap sambil menghirup udara segar di tepi pantai di waktu malam. Puas hati sebab semua makanan yang dihidangkan memang kena dengan tekak kami sekeluarga. 

Anak-anak makan ikan bakar sampai ke tulang temulang dek sebab rasa ikan yang manis dan sambalnya  yang sedap.  Jumlah semua makanan termasuk air tak sampai RM100.00..murah bukan

 

Bila perut dah kenyang, ada 2 orang penyanyi yang menyanyi lagu kesukaan pengunjung yang datang menyanyi dari meja ke meja.

Yang best sebab kami boleh pilih lagu kegemaran,
suami akak pilih lagu evergreen Hotel California
 Wah Imran dan Fridaus pun ikut menyanyi lagu sama.  Selepas tu mereka ajak kanak-kanak menyanyi ramai-ramai lagu kanak-kanak...satu bla bla..dua bla bla..sampai empat...(tak ingat pulak tajuk lagu ni)
  
Ada juga yang berkelah di waktu malam dan ada yang sedang memancing ikan
Selepas itu kami berjalan-jalan ke gerai yang ada di situ.

Best ker tak baca kisah akak ni?  Kalau best, jomlah cuti sekolah ni bercuti ke Pulau Pangkor Malaysia

Jangan lupa vote blog  akak melalui fb untuk 4 kategori

Jika nak tau lagi tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia bolehlah ke Tourism Malaysia

Rabu, April 11, 2012

Kota Belanda Pulau Pangkor

 
Pulau Pangkor ni kecil kan...tapi ada gak yang menarik kat sini
 Antaranya Kota Belanda..sejarahnya korang boleh baca kat SINI dan di SINI
 Kat sini juga ada di jual barangan cenderahati, kat warung-warung pun ada gak..harga kenalah pandai tawar menawar.
 Tak pasti tempat ni..perigi ker?
Anak-anak patut di bawa ke tempat bersejarah seperti ini..
takkan nak bawa tempat hiburan ajer kan
 Ramai pelancung yang datang ke sini menaiki teksi van pulau pangkor.  Kami sewa keta tak tau berapa dorang kena bayar.  Masa kami sampai cuaca memang panas, orang berniaga air memang untung..ramai orang beli.  Ada gak orang jual jajan cam goreng pisang, ubi kentang goreng dan kepok lekor.
 buat kenangan sebab belasan tahun dulu tak pegi pun kat sini
Imran ada mood nak berposing.  Berhampiran dengan Kota Belanda terdapat juga Batu Bersurat, tapi sayangnya kami tak bergambar kat situ..lagi satu tempat Batu Bersurat ni macam tak terjaga.
 

Jumaat, Mac 30, 2012

Aktiviti Di Pantai Pasir Bogak Dan Pantai Teluk Nipah Di Pulau Pangkor

Last pegi ke Pulau Pangkor tahun 90 an, masa tu Ira (16 tahun) tak ada lagi.  3 orang anak baru bersekolah rendah, fuh lama tul tak datang.  Ira teringin sebab tenguk gambar kat album kami bercuti kat sini, tu sebab dia nak tenguk camner rupanya Pulau Pangkor yang kecil yang cuma ambil masa tak sampai 2 jam bila kita jejalan naik kereta.
Baik Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah memang ada aktiviti pantai, tapi rasanya lebih meriah lagi di Pantai Teluk Nipah sebab banyak chalet, hotel dan rumah tumpangan.  Tempat makan dan jual cenderamata pun banyak kat situ.

Masa di sini, kami sewa kereta pada pagi hari ke 2, kawan Firdaus yang rekemenkan.  Kami sewa  dari pukul 10.00 pagi hingga keesokannya harinya sampai parking kat jetty dalam pukul 12.00. Tak payah kunci (letak kat bawah kerusi ajer) kat tempat parking sebab kata empunya keta, kat sini tak ada kes keta hilang walaupun tak kunci.

Kos sewa dia ambil RM90.00, keta wira manual, nasib baiklah anak akak boleh bawa ingat camner nak bawa.  Kalau akak..for sure tak bergeraklah keta tu.
Kami terpaksa sewa keta sebab kalau naik taxi@van dorang charge 1 van RM20.00 sehala kalau gi ke sana sini terutama bila nak cari tempat makan.  Rasa bosanlah kan kalau ashik makan tempat yang sama.
Jinak tul burung enggang ni..bukan akak ajer yang 
ambil gambar, org lain pun sama
Kami makan tengahari di Pantai Teluk Nipah..tak jauh mana pun rupanya dalam 10-15 minit dah sampai dari hotel. Memang banyak pilihan makanan kat sini.  Kat tempat kami tidur tak ada pilihan, kami malas nak makan kat area hotel sebab cuma ada satu warung melayu yang jual kat situ.
Imran sibuk nak mandi dan nak naik kayak, tapi tak boleh sebab dia tak cukup umur..dorang tak nak ambil risiko. Akak dan Firdaus kalau naik takut tenggelam lah pulak.
Dorang baru balik dari island hopping ataupun boat trip..harga taklah mahal sangat..kena pandai tawar menawar. 
 Lama gak lepak kat sini, nama pun bercuti tak payah tergesa-gesa, tak payah harung kesesakan jalanraya.  Aduhai damai dan tenang jiwa dibuatnya.
banana boat..gelak tenguk dorang di jatuhkan ke dalam air bila dah nak sampai.
Kat belakang hotel di Pantai Pasir Bogak  pun ada gak water sport.  Kalau nak naik kayak, snorkeling, boat trip..janji ada duit.
 
Bila ada  orang naik jet ski, terasa seram gak nak mandi dekat sini, akak dan anak-anak mandi jauh sikit, takut terjadi perkara yang tak di ingini macam orang kena langgar dek jet ski kat pantai di pulau pinang.

Aktiviti kami cuma main pasir, mandi laut, bervangan naik buai cam cerita bawang merah bawang putih , jalan-jalan tepi pantai, ambik gambar, makan minum, tenguk tv dan mandi di kolam renang.  Suami kata..nama pun berehat.
 Antara aktiviti menarik yang di tawarkan di Pantai Pasir Bogak..
pilih ajer yang mana berkenan di hati
Kalau korang sukakan pemandangan  sebegini bolehlah datang ke Pulau Pangkor ataupun ke pulau-pulau yang lain, kalau suka shopping baik gi Pulau Langkawi kan.  Akak suka dua-dua tapi lebih suka menikmati pemandangan alam terutama bila bersama keluarga.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...