OOO

Memaparkan catatan dengan label artis metrowealth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis metrowealth. Papar semua catatan

Khamis, Januari 27, 2011

Artis MIG Dapat Bonus-David Teo bagilah

Bertuahnya Shaheizy Sam bila di beri rumah semi D oleh Datuk David Teoh di malam penghargaan dan penyampaian Bonus "1 Dekad, 49 Filem" di One World Hotel malam tadi.
Shaheizay Sam merupakan pelakon yang paling banyak menerima bonus pada malam tadi. Beliau yang telah berlakun dalam filem Adnan Sempit,, Niyang Rapik,Evolusi KL Drift2, Ngangkung dan Kongsi (akan ditayangkan tidak lama lagi)
tenguk gambar cam David Teo tak nak kasi ajer
Selain dari rumah beliau telah menerima hadiah mengerjakan umrah bersama-sama ibubapa beliau.
cantik sungguh Lisa ni..
Lisa Surihani telah berlakun dalam filem Semerah Cinta Stilleto, Zoo, Lagenda Budak Setan, Jangan Pandan Belakang Congkak 2, I'm Not Single. Pada malam tadi pengacara majlis ialah Lisa, Angah Raja Lawak dan Along Cham.
Anak umur berapa tahun? Dah masuk 7 tahun
Angah Raja Lawak yang menunjukkan lakunan hebat dalam filem Ngangkung dan Adnan Sempit juga menerima bonus.
Bila akak tanya..mana Eira..Oh dia gi shooting
Azad Jazmin juga berlakun dalam Ngankung, Kongsi , Sifu & Tongga. Beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Beliau sekarang ni banyak berlakun dalam drama yang di tayangkan di Astro.
Along Cham yang telah berlakon dalam filem Adnan Sempit, My Spy, Sifu & Tongga, 9 September
David Teo memang peramah..Bukan Janji Tapi Pasti
2010 merupakan tahun paling gemilang buat MIG sejak penubuhannya pada tahun 2000. Daripada 29 buah filem yang ditayangkan, 11 daripadanya adalah terbitan MIG. Lebih membanggakan daripada RM73 juta keseluruhan yang di catatkan, RM42 juta adalah milik MIG.

Paling membanggakan apabila filem Ngangkung berjaya dicatatkan didalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai Filem Dengan Kutipan Box-Office Paling Tinggi RM8.4 juta. Filem Adnan Sempit yang di tayangkan pada awal tahun lalu pula mencatat kutipan RM7.8 juta.

Filem-filem MIG yang akan menemui penonton di tahun 2011 ialah
  • Kembar Siang(tayangan 2 Febuari)
  • Kongsi (12 Mei)
  • Keramat, Senario The Movie Ops Pocot
  • Sekali Lagi
  • 321 Cinta
  • Flat 3A
  • 8 jam
  • Alamak...Toyol! (tenguk promo memang best..angah raja lawak,datuk hamid gurkha berlakun)
  • Petiga dan banyak lagi
Staff MIG pun dapat bonus tau. Bukan calang-calang hadiah yang mereka dapat. Pengarah Ahmad Idham menerima sijil penghargaan manakala Pegawai Pemasaran, Norharzilah Abdullah, Norul Asyikin Ismail dan Pegawai Am, Eng Chon San masing-masing mendapat rumah Semi D 2 tingkat.

Pengarah Perhubungan Awam MIG, Azahari Abdul Hamid mendapat Merceds-Benz E 200 dan pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat kereta Toyota Aphard. Jurutera Bunyi, Brian Ng mendapat rumah banglo. Memang untung mereka yang setia bekerja dengan MIG.

Banyak lagi gambar..tunggu yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...