OOO

Memaparkan catatan dengan label Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 29, 2011

Bila Jumpa Ramai Artis Tentulah Kena Sawan Kamera

Kembang rasa hati bila blogger duduk tempat media
Biarlah orang nak kata akak ni nak tarik trafik lah.. hati mudalah..dan bla..bla..blaa...bila dah di jemput ke sini dan jumpa artis takkan nak tenguk ajer kan..tentulah klik sana klik sini.


Bila lagi nak ada kesempatan ada artis bersepah-sepah sampai nak meroyan tangkap gambar.
Memang ramai betul ..ada otai macam Datuk Mustafa Maarof, Datuk Hamid Ghurka, Mariani dan ramai lagi. Yang se angkatan dengan akak macam Sabree Fadhil pun ada.. artis muda lagilah ramai tapi akak tak kenal sebab dah ramai sangat artis kat Malaysia ni.
Lisa Surihani memang comel, cantik menawan dan berbudi bahasa.
Bestnya dapat dukung pelakon cilik Mia Sara yang tak perlu di perkenalkan lagi. Sekarang ni tengah berlakon dalam drama akasia TV3 Tiramisu.
Sein Ruffedge, Lisa Surihani dan Mia Sara dalam
drama Adamaya memang best sungguh.
Chloe Nicole Saralyn Bimbizagan lahir pada 31hb. Disember 1989
Hafizuddin (kredit gambar teratakarm0.com)
Shaheizy Sam dan http://www.phreak-id
Gambit dan isteri klon Jejai aka teratakarmo
Puteri Mardiana ..tak taulah nama artis tu, pelakun yang berlakun dalam Khurafat dan Diana Amir
Rebecca Nur Islam (25 tahun) yang baru menjadi isteri Azam Sulaiman.
Meletup pakaian dan aksesori beliau malam tu.
Aeril Zafri pelakun baru Aku Tak Bodoh
Angah memang best..layan kita orang macam dah kawan lama...tak kekwat
Heliza cantik dan pelakun yang educated..sangat peramah
Fizo Omar handsome dan bergaya-Andartu Terlampau, Kongsi dan Hello
Farid Kamil-handsome dan bergaya tapi malam tu beliau
macam tak ada mood ada krisis dengan Diana khabarnyalah
 Puteri Mardiana-Damping Malam, Ngangkung, Keramat, Kongsi.
Seksi sungguh malam tu
Erynne Erynna, pelakon cilik Damping Malam baru berumur 13 tahun..
Intan Ladyana pun cantik bergaya
Shafimie Saedon, atau lebih dikenali sebagai Putra Shazlan (kekwat sikitlah..Imran jelous bila tenguk gambar ni...dia peminat cerita Hikayat Putra Shazlan)
Tenguklah Shaheizy Sam..sempoi ajer tak pakai stokin kan..
cukuplah kot..ada lagi gambar akak letak kat facebook.

p/s Sempoikan akak malam tu..kang kalau bergaya lebih-lebih kalah artislah pulak ek. Jangan ada yang kutuk k..

Khamis, Januari 27, 2011

Artis MIG Dapat Bonus-David Teo bagilah

Bertuahnya Shaheizy Sam bila di beri rumah semi D oleh Datuk David Teoh di malam penghargaan dan penyampaian Bonus "1 Dekad, 49 Filem" di One World Hotel malam tadi.
Shaheizay Sam merupakan pelakon yang paling banyak menerima bonus pada malam tadi. Beliau yang telah berlakun dalam filem Adnan Sempit,, Niyang Rapik,Evolusi KL Drift2, Ngangkung dan Kongsi (akan ditayangkan tidak lama lagi)
tenguk gambar cam David Teo tak nak kasi ajer
Selain dari rumah beliau telah menerima hadiah mengerjakan umrah bersama-sama ibubapa beliau.
cantik sungguh Lisa ni..
Lisa Surihani telah berlakun dalam filem Semerah Cinta Stilleto, Zoo, Lagenda Budak Setan, Jangan Pandan Belakang Congkak 2, I'm Not Single. Pada malam tadi pengacara majlis ialah Lisa, Angah Raja Lawak dan Along Cham.
Anak umur berapa tahun? Dah masuk 7 tahun
Angah Raja Lawak yang menunjukkan lakunan hebat dalam filem Ngangkung dan Adnan Sempit juga menerima bonus.
Bila akak tanya..mana Eira..Oh dia gi shooting
Azad Jazmin juga berlakun dalam Ngankung, Kongsi , Sifu & Tongga. Beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Beliau sekarang ni banyak berlakun dalam drama yang di tayangkan di Astro.
Along Cham yang telah berlakon dalam filem Adnan Sempit, My Spy, Sifu & Tongga, 9 September
David Teo memang peramah..Bukan Janji Tapi Pasti
2010 merupakan tahun paling gemilang buat MIG sejak penubuhannya pada tahun 2000. Daripada 29 buah filem yang ditayangkan, 11 daripadanya adalah terbitan MIG. Lebih membanggakan daripada RM73 juta keseluruhan yang di catatkan, RM42 juta adalah milik MIG.

Paling membanggakan apabila filem Ngangkung berjaya dicatatkan didalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai Filem Dengan Kutipan Box-Office Paling Tinggi RM8.4 juta. Filem Adnan Sempit yang di tayangkan pada awal tahun lalu pula mencatat kutipan RM7.8 juta.

Filem-filem MIG yang akan menemui penonton di tahun 2011 ialah
  • Kembar Siang(tayangan 2 Febuari)
  • Kongsi (12 Mei)
  • Keramat, Senario The Movie Ops Pocot
  • Sekali Lagi
  • 321 Cinta
  • Flat 3A
  • 8 jam
  • Alamak...Toyol! (tenguk promo memang best..angah raja lawak,datuk hamid gurkha berlakun)
  • Petiga dan banyak lagi
Staff MIG pun dapat bonus tau. Bukan calang-calang hadiah yang mereka dapat. Pengarah Ahmad Idham menerima sijil penghargaan manakala Pegawai Pemasaran, Norharzilah Abdullah, Norul Asyikin Ismail dan Pegawai Am, Eng Chon San masing-masing mendapat rumah Semi D 2 tingkat.

Pengarah Perhubungan Awam MIG, Azahari Abdul Hamid mendapat Merceds-Benz E 200 dan pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat kereta Toyota Aphard. Jurutera Bunyi, Brian Ng mendapat rumah banglo. Memang untung mereka yang setia bekerja dengan MIG.

Banyak lagi gambar..tunggu yer

Sabtu, Disember 18, 2010

Juara Mari Menari Astro

Juara Mari Menari malam ini nampaknya menjadi milik Raziff dan Alia Nadira.

Juara Mari Menari malam ini nampaknya menjadi milik Raziff dan Alia Nadira.

Suami : Raziff Abd Rahman
Umur : 26 tahun
Isteri: Alia Nadira
Umur: 25 tahun
Asal : Berasal dari Johor (suami) & Kuala Lumpur (isteri)
Pekerjaan: Penari sambilan (suami ), pengurus busana dan kostum (isteri)

Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton.

Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.
Pasangan juara Mari Menari ini telah memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.


Manakala, naib johan adalah milik pasangan Ariz yang sebelum ini merupakan saingan terdekat dengan Raziff.
Pengacara rancangan Mari Menari ni ialah Awal Ashaari dan Lisa Surihani. (teringat kisah dia sebut giler bxxi yang jadi isu besar)alahai susah gak jadi artis ni kan..cakap salah sikit ajer kena hentam.

Kredit gambar : Facebook Mari Menari

Sabtu, Oktober 23, 2010

Oh Rudita Sejak Masuk Mari Menari (Astro Ria) Dah Berubah Yer

kredit murai.com
Sape tenguk mari menari di Astro Ria. Akak tak tenguk minggu lepas. Tak perasan pun. Sedikit info tentang Rancangan Mari Menari ni.

Pengacara rancangan Mari Menari ni ialah Awal Ashaari dan Lisa Surihani .Mari Menari turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan penasihat dan juri rancangan tersebut.

Mereka terdiri daripada pelakon Zulhuzaimy Marzuki, Ferhad, Lisdawati, Erra Fazira, Joseph Gonzales yang akan mengkritik persembahan para peserta Mari Menari kelak.

Sebanyak 12 pasangan yang akan bersaing dalam Mari Menari musim pertama ini terdiri daripada pasangan Ariz, Dita, Fahmi, Masri, Razif, Rosdi, Shai, Yat, Zarin, Zul, Jaya dan Nita.

Sementara itu, 12 jurureka tari iaitu Anuar, A'ala, Belalang, Dayana, Papa J, Khairul, Wei Jun, Simon, Bayu, Acid, Ray dan Syed pula dijemput melatih 12 pasangan peserta terbabit.

Pengenalan rancangan itu akan disiarkan mulai 16 dan 17 Oktober ini pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Maklumat lanjut layari www.astro.com.my/marimenari
kredit murai.com
Malam persembahan pula akan disiarkan secara langsung dalam Mari Menari bermula 23 Oktober ini jam 9.00 malam dan kemuncaknya ialah Penentuan Mari Menari yang disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam iaitu hari di mana keputusan penyingkiran diketahui secara langsung.

Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton.

Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.

Pasangan juara Mari Menari juga akan memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.

Semalam bila tertenguk kat Astro Ria, akak perasan salah seorang peserta ni yang bernama Rudita pernah terpilih masuk dalam episod Tangkap Muat yang mana pengacara dia ialah Sarimah.
Akak ada tenguk rancangan tu minggu lepas rasanya. Rancangan ni tahun lepas punya. Biasalah Astro nikan suka ulang rancangan lama. Akak cuba cari gambar Rudita yang dalam segmen tu yang masih bertudung. Tapi tak jumpalah pulak.
kredit sensasi selebriti...suami Ita yang tersengih menunggu isteri pulang dari di makeover
Husband Ita yang hantar e mail ke Astro suruh make over isteri dia. Katanya isteri dia tu jarang make up dan jarang berpakaian cantik. Sabar ajerlah..bagi duit tak cukup nak suruh isteri pakai cantik)


Ita kerjanya menjahit baju dan duk kat umah ajer. Pastu dia ni kememeh (kuat menangis). Sampai perundingcara 2 orang (Perunding masa tu ialah Zulfazli dan Rizalman Ibrahim) tu ashik kutuk dia jer. Mulut 2 orang ni memang terkenal laser ahik mengata peserta camtu camni.

Ita memang baik orangnya, bila anak-anak suruh dia beli baju mahal dia tak mau. Dia lebih pentingkan anak-anak dan rumahtangga. Masa mereka sampai kat rumah Ita dia terkejut beruk. Pastu menangis sebab terharu di pilih untuk di make over.

Bila dah di make over suami dan anak-anak terkedu melihat perubahan Ita ni.

Bila Rudita tanya suami dia dengan linangan air mata..abang.....abang sayang tak dengan Ita...si suami mengangguk.
OOOO isteri cantik baru sayang ek..sabar ajerlah. Akak bukan apa melalutlah pulak..ni nak cerita pasal sekarang ni Rudita dah masuk pulak dalam Rancangan Mari Menari.


kalau nak full story masa segmen Rudita dalam Tangkap Muat bolehlah baca kat blog MAMASYAZA

Bila tenguk malam semalam muka salah satu pasangan ni macam rupa dia, bila check memang confirm yang peserta ni Rudita dan suami. Amboi dah lawalah Ita sekarang ni.
Walaupun Rudita dah tak bertudung tapi akak macam cam dia dalam Segmen Langkah Mari Menari. Sebab baca nama husband dia Faidzal.

Paling akak geram tau bila tenguk dia kena marah dengan suami dia. Masa tu mereka tunjukkan tarian yang di persembahkan untuk malam ni.

Bila Ita salah step masa menari, suami dia marah kaw.kaw...punya sampai si Ita ni menangis. Kalau akak kan tentu akak pun melalak dan terasa kecil hati bila di marahi di depan berjuta penonton Astro. Terasa rendahnya harga diri bila di tengking sang suami. Geram betullah.
Rudita ni yang pernah muncul dalam Macam-Macam Aznil dalam episod raya dan beliau menang lemang. Masa ni beliau masih lagi bertudung. Dah lama gamaknya video ni sebab arwah Din Beramboi masih ada. Kalau nak tenguk gi video ni gi ke SINI

Sebab nak masuk rancangan Mari Menari , Rudita sanggup ek buang tudung. Kalau pakai tudung kan bagus. Sabar ajerlah. Semuga suami beliau akan terus menyayangi beliau bila rancangan Mari Menari berakhir nanti.

Akak tak kuasa nak sms peserta favourite dalam rancangan ni sebab mahal sungguhlah. 0.50 sen setiap sms. Tak payahlah kan. Membazir ajer..lagipun akak tak minat sangat pun nak tenguk.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...