Entah mengapa akak masih lagi teringat dengan anak buah suami akak yang meninggal dunia semalam. Masih terbayang-bayang lagi wajah beliau sehingga saat ini , air mata mengalir tanpa di sedari.
Masih terbayang lagi kenangan bersama arwah terutama semasa beliau masih kecil. Masih teringat lagi semasa perkawinan akak di rumah arwah mil beliau, arwah yang ketika itu berumur dalam lingkungan 3-4 tahun bermain-main bersama sepupu yang lain di atas pelamin.
Selepas akak melahirkan Russhdi, Firdaus dan Yana, bila pulang ke kampung mereka selalu bermain bersama. Dan kebetulan muka Russhdi memang ada iras dengan arwah semasa kecil.
Bila dah tamat persekolahan menengah, masing-masing telah melanjutkan pelajaran di tempat yang berlainan dan masing-masing jarang bertemu. Tetapi bila sekali-sekali berjumpa mereka selalu lepak bersama.

Al fatihah buat arwah. Semuga arwah tenang di sana dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Tetapi akak sakit hati dan geram kerana di saat kami semua bersedih masih ada lagi insan yang masih mengambil kesempatan.
Di saat jenazah tiba di rumah semuanya bertumpu di depan rumah, rupanya ada yang masuk ke dalam bilik dan mengambil beg tangan yang memang kami pakai letak sahaja di situ tanpa memikirkan apa-apa. Takkanlah orang nak mencuri disaat kami semua kesedihan.
Begitu banyak beg tangan yang ada di situ, kebetulan si pencuri telah mengambil duit dan hp adik perempuan arwah yang baru sampai dari mengiringi jenazah abang beliau dari hospital.
Bila adik arwah hendak ke masjid untuk bersama-sama menyembahyangkan arwah, barulah beliau perasan yang barang beliau telah hilang. Pandai sungguh si pencuri itu, dia cuma mengambil RM yang besar dan meninggalkan RM yang kecil.
Kesiankan, disaat adik masih berduka kerana kehilangan abang yang tersayang beliau terpaksa menghadapi dugaan semacam itu.

Tapi beliau tak beritau sesiapa ,bila arwah dah selamat di kebumikan dan selepas majlis tahlil barulah beliau beritau kami. Kelam kelibut masing-masing pergi ke bilik tersebut dan alhamdulliah manusia yang tak berhati perut itu tak sempat menyelongkar beg tangan yang lain.
Alhamdulliah beg tangan akak selamat, risau gak sebab ada kamera, hp dan ada RM yang baru akak keluarkan dari bank sebelum sampai ke rumah arwah.
Entahlah..manusia...manusia..jika adik beliau redha dengan kehilangan arwah abang mungkin dia juga redha kehilangan barang beliau dan semuga beliau akan mendapat rezeki yang lagi banyak dari yang hilang.