Entah mengapa akak masih lagi teringat dengan anak buah suami akak yang meninggal dunia semalam. Masih terbayang-bayang lagi wajah beliau sehingga saat ini , air mata mengalir tanpa di sedari.
Masih terbayang lagi kenangan bersama arwah terutama semasa beliau masih kecil. Masih teringat lagi semasa perkawinan akak di rumah arwah mil beliau, arwah yang ketika itu berumur dalam lingkungan 3-4 tahun bermain-main bersama sepupu yang lain di atas pelamin.
Selepas akak melahirkan Russhdi, Firdaus dan Yana, bila pulang ke kampung mereka selalu bermain bersama. Dan kebetulan muka Russhdi memang ada iras dengan arwah semasa kecil.
Bila dah tamat persekolahan menengah, masing-masing telah melanjutkan pelajaran di tempat yang berlainan dan masing-masing jarang bertemu. Tetapi bila sekali-sekali berjumpa mereka selalu lepak bersama.
Bila dah tamat persekolahan menengah, masing-masing telah melanjutkan pelajaran di tempat yang berlainan dan masing-masing jarang bertemu. Tetapi bila sekali-sekali berjumpa mereka selalu lepak bersama.
Al fatihah buat arwah. Semuga arwah tenang di sana dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Tetapi akak sakit hati dan geram kerana di saat kami semua bersedih masih ada lagi insan yang masih mengambil kesempatan.
Di saat jenazah tiba di rumah semuanya bertumpu di depan rumah, rupanya ada yang masuk ke dalam bilik dan mengambil beg tangan yang memang kami pakai letak sahaja di situ tanpa memikirkan apa-apa. Takkanlah orang nak mencuri disaat kami semua kesedihan.
Begitu banyak beg tangan yang ada di situ, kebetulan si pencuri telah mengambil duit dan hp adik perempuan arwah yang baru sampai dari mengiringi jenazah abang beliau dari hospital.
Bila adik arwah hendak ke masjid untuk bersama-sama menyembahyangkan arwah, barulah beliau perasan yang barang beliau telah hilang. Pandai sungguh si pencuri itu, dia cuma mengambil RM yang besar dan meninggalkan RM yang kecil.
Kesiankan, disaat adik masih berduka kerana kehilangan abang yang tersayang beliau terpaksa menghadapi dugaan semacam itu.
Bila adik arwah hendak ke masjid untuk bersama-sama menyembahyangkan arwah, barulah beliau perasan yang barang beliau telah hilang. Pandai sungguh si pencuri itu, dia cuma mengambil RM yang besar dan meninggalkan RM yang kecil.
Kesiankan, disaat adik masih berduka kerana kehilangan abang yang tersayang beliau terpaksa menghadapi dugaan semacam itu.
Tapi beliau tak beritau sesiapa ,bila arwah dah selamat di kebumikan dan selepas majlis tahlil barulah beliau beritau kami. Kelam kelibut masing-masing pergi ke bilik tersebut dan alhamdulliah manusia yang tak berhati perut itu tak sempat menyelongkar beg tangan yang lain.
Alhamdulliah beg tangan akak selamat, risau gak sebab ada kamera, hp dan ada RM yang baru akak keluarkan dari bank sebelum sampai ke rumah arwah.
Entahlah..manusia...manusia..jika adik beliau redha dengan kehilangan arwah abang mungkin dia juga redha kehilangan barang beliau dan semuga beliau akan mendapat rezeki yang lagi banyak dari yang hilang.
astaghfirullah...sanggupnya org tu mencuri masa org tgh bersedih2 ye kak ina.
BalasPadamSalam Kak Ina,
BalasPadamApa khabar? memang tak patut orang tu buat begitu..ambil kesempatan semasa org lains edang bersedih... kmi pernah terkena dulu tetapi semasa kenduri kahwen... entah siapa masuk bilik pengantin curi duit pengantin, ada jiran saya pulak, orang masuk dlm bilik pengantin semasa orang ramai sedang sibuk2 tgk pengantin lelaki datang (masa tu kan bosong dgn kompang) ..curi duit hantaran !!!! Lesap duit hantaran RM5K...huhu... sebab tu kena berhati2 semasa kenduri kendara nih..kalau boleh bilik utama yg ada duit bagai tu, kunci ..jgn bagi org yg di ragui masuk...
tapikan kak..kekadang kita pun tak tahu..harapkan pagar, pagar makan padi... ada juga di kalangan sedara mara yg ambil kesempatan...
Kak Ina, JANGAN LUPA MASUK CONTEST AZZAH TU YA...AKAK kan dah tahu jawapannya...
BalasPadamsalam takziah kak..dunia ni macam2 perangai manusia..esp yg amik kesempatan..dah tak peduli halal haram..
BalasPadamsalam kak ina
BalasPadamorg mcm tu pun ada kat dunia ni ya...tak kira halal haram,tak kira perasaan org...main rembat ja...
salam Ina. Takziah untuk keluarga yang kehilangan dan alfatihah untuk arwah.
BalasPadamorang selalu mengambil kesempatan. kita patut berhati2..
Salam Takziah Kak Ina....tu sebab kita kena sentiasa beringat bila dah ramai2 tu....sebab ada manusia yang suka menangguk di air yang keruh!!!
BalasPadamsalam kak ina... takziah buat kak ina sekeluarga..
BalasPadamzaman skang kak, mmg org suker amik kesempatan x kira dlm ape jua keadaan... huhuhu.. semoga org yg buat tu akan dapat balasan setimpal..
Takziah buat akak dan keluarga. Al-fatihah utk arwah. Didoakan agar roh arwah bersama insan2 yang beriman.
BalasPadamAstagfirullahazim.. Ada juga orang jahat gitu tupa kan.. Sgt xberhati perut. Semoga Allah membalas perbuatannya...
Love,
PojiePooh Abdullah
ramai tul nak jadi pencuri sekarang ni..tak fikir org pun dalam kesusahan
BalasPadamSabarlah, yg hidup pasti akan menemui Allah, kita je belum tahu bila. Mudah2an Allah memberkati hidupnya dan tergolong org yang beriman...
BalasPadamyg pemenang contest akak tu, belum cantact sy lg. sy dah letak kmen kat en3 dia...
salam takziah..org mcm tu mmg tak berhati perut..dia dh tak kenal dosa pahala...grrrrr....geramnya saya
BalasPadamuih..
BalasPadamkesiannya.
kejam betul orang sekarang ni kan.
mana ada peluang dirembatnya.
ada juga manusia jenis hati batu...orang tengah susah..ditambah lagi kesusahan dan kesedihan..
BalasPadamSalam takziah kak..
BalasPadambanyak2 sabar ye.
salam takziah yerk kak ina...dalam pada org bersedih...masih ada lagi insan x berhati perut kann...tapi memang banyak kak berlaku kes mcm nie....
BalasPadamjgnkan duit dlm henbeg...duit org sedekah utk arwah pun diorg kebas...x bleh tengok duit kot org mcm tu...semoga tuhan berikan petunjuk kepada pencurik2 tuu...
pstt:- azue dah email kat akak..sorry yerkk lambat...tenkiuu kakk...
orang panjang tangan ni memang mcm tu kak..pantang nampak barang orang..jangan kata kat majlis2 kematian macam tu..dalam surau pun ada kak...
BalasPadamkak, alfatihah utk arwah dan takziah atas kehilangannya
BalasPadamsy hrp tak ada lagilah manusia yg amik kesempatan di atas kesedihan org lain, sedarlah, kita hidup di dunia ni sementara saja
Kat kampung kami memang sudah beringat-ingat pasal hal tu. Tak kira majlis apa sekalipun. Handbag dan barang berharga simpan elok-elok kuci kemas-kemas. Kami juga berjaga-jaga dengan tetamu yang nampak nampak pelik jer. Kira-kira mencurigakan. Sebab memang dah ada kes macam tu. Diorang apa kisah kita sedih ker apa. Janji diorang dapat.
BalasPadamalfatihah .
BalasPadamsempat lagi die kebas kak , saba la ek , doakan pencuir tu diberikan hidayah
ya Allah.
BalasPadamsiapa pencuri tu ?
kejam betul.
mesti adalah dalang kat setiap majlis tauuu... selalunya kat kenduri kawen, sapa yang leka, dan2 tu laa jadi mangsa, mcm tau2 jer orang tengah leka...
BalasPadamapapun, biar Allah jer yang balas sebab semua insan akan menemui ajal masing2
mesti adalah dalang kat setiap majlis tauuu... selalunya kat kenduri kawen, sapa yang leka, dan2 tu laa jadi mangsa, mcm tau2 jer orang tengah leka...
BalasPadamapapun, biar Allah jer yang balas sebab semua insan akan menemui ajal masing2
Ya Allah..sempat lagi si pencopet nie buat projek.
BalasPadamngok betul la dia tue..memang sedih dan geram membaca entry ini..
takziah kepada keluarga arwah..
maham harammm pencuri tu.
BalasPadamkak ina, template dah cun tp header kene bagi sama nada dengan template.
memang sampai tul hati org buat hal tu ek...klau dia yg kena cam ank sedara akak tu cam ne laa...moga2 adik arwah bersabar, INsya Allah apa yg berlaku ada hikmahnya.
BalasPadamAl-Fatihah utk arwah.Moga2 rohnya ditempatkan bersama2 yg beriman n soleh. Amin
takziah kak...n Al fatihah untuk arwah....
BalasPadamsabar je la kak...ade la balasan untuk org macam tu...takziah saya ucapkan
BalasPadamSalam takziah buat k.Ina sekeluarga
BalasPadamAlfatihah biat arwah..moga rohnya dicucuri rahmat.
geram jugak baca citer k.ina...dlm kesempitan ada pula yg ambil kesempatan. dtg melihat kematian bukannya nak insaf ...car jln buat dosa mencuri..
salam.. takziah untuk anak buah akak tu..
BalasPadameii.. geram juga bila baca kisah ni.. di saat kesedihan si pencuri tak berhati perut(sbb tu namanya pencuri)..
semoga dia dapat balasan setimpal..
ALL IN ONE
salam ina..takziah..dan alfatihah buat arwah..
BalasPadamsalam kak
BalasPadamsaya pon msh dok teringt abg sepupu saya meninggal,walaupon dah nak msk 4thn...
arwah meninggak 1 4bln lps ibu arwah,mak sedare saya pergi :'(
xlame pencuri tu tgk la,kurg ajr btl
sbb tu Islam bagi hukuman potong tgn kpd pencuri2 kejam mcm tu
BalasPadamsalam kak ina..
BalasPadamsemoga kak ina sekeluarga n adik arwah sekeluarga tabah dan redha atas pemergian arwah..
semoga pencuri tuh dpt balasan yg setimpal dpd Allah..
Salam kak, alfatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat.
BalasPadamYa Allah tergamaknya si pencuri tu, mudahan pencuri tu dapat balasan.
www.yanmieonline.com
Sungguh tak berhati perut org yg buat perkara mencuri tuh.. moga allah akan membalas perbuatannya itu
BalasPadamuish... sampai begitu sekali orang nak menangguk di air keruh.... ;-(
BalasPadamSalam takziah Kak Ina,
BalasPadamMudah-mudahan Allah tambah kesabaran dan ketabahan buat adik arwah yg sedang menghadapi ujian Allah.yakinlah,setiap yg baik akan dibalas baik.Mudah-mudahan rezekinya semakin luas.