OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam panggang madu panggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam panggang madu panggang. Papar semua catatan

Isnin, Disember 30, 2013

Resepi Kepak Ayam Panggang Madu

Assalammualaikum

Nak sedap buat bbq ataupun bakar dalam oven ..disebabkan akak belum beli oven kat sini terpaksalah guna non stick pan.

Bahan-bahan
10 kepak ayam-potong 2 (kalau tak nak pun tak apa)
3 biji bawang putih-kisar/tumbuk
1 inci halia-kisar/tumbuk
1 sudu besar cili kisar
4 sudu makan madu
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
minyak zaiton/minyak sayuran
Cara-caranya
1.  Basuh kepak ayam dan toskan
2.  Campurkan semua bahan dalam mangkok/bekas.
3.  Masukkan kepak ayam dan gaul sebati.
4.  Perap sekurang-kurangnya 5-8 jam..kalau nak sedap semalaman.
5.  Panaskan pan dengan api sederhana dan masukkan kepak ayam yang telah di lengser dengan minyak, biarkan 10-15 minit, baru di balikkan.

Nota : Kalau guna oven panaskan oven suhu 170C, letak kepak ayam dalam dulang yang telah di lengser dengan minyak.  Panggang 15 minit baru di balikkan sebelah lagi untuk hasil yang sekata.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...