OOO

Memaparkan catatan dengan label banjir di batu 10 cheras hulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir di batu 10 cheras hulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 16, 2012

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Assalamu'alaikum Wrt. Wbt!
 
Kalaulah rumah sendiri, rumah kaum kerabat jadi macam ni tentu kita merasa sedih kan bila terjadi musibah sebegini.  Sape yang tak rasa sedih sebab air masuk ke dalam rumah dan memusnahkan semuanya.
Begitulah yang terjadi kepada rakan blogger Zaid yang mana  pada 8 Mac 2012 hari tu rumah dia di Batu 10 Cheras telah di naiki air .  Walaupun begitu Zaid masih sempat lagi tersenyum tapi dalam hati tak sape yang tau kannn.
Akak pernah pergi ke rumah Zaid pada tahun lepas..
nak tau kenapa bolehlah ke SINI
Dulu masa kecik akak pernah gak merasa banjir camni 
tapi tak lah sampai nampak bumbung ajer.
 kredit pic : uzairothman
Air di sebelah tepi rumah Zaid yang naik hingga ke atas jambatan, nasib baik motor adik beliau terselamat.  Kalau idak payah gak Uzair nak ulang alik ke tempat belajar..dahlah jauh..
 Bilik Zaid...alahai tilam kena buang, buat masa sekarang ni dorang tidur guna toto atas lantai..berat mata memandang lagi berat bahu memikul
 
Tentu ibu Zaid pun merasa sedih bila melihat segala perkakas di dapur rosak teruk dan terpaksa dibuang.  
Alahai keciannya akak tenguk..sedihnya.  Masa bertandang kat rumah Zaid, dia ada cerita yang selama ini air kalau naik sampai paras betis ajer tapi kali ni agak teruk gak keadaaanya sampai tak sempat nak pindahkan barang.

Semuga Kak Zara dan keluarga tabah menghadapi dugaan sebegini. Kalau nak baca bolehlah  kat SINI  dan SINI.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, akak nak war-warkan agar dapatlah kiranya pembaca blog  menghulurkan sedikit  bantuan kepada Rakan Blogger @ Zaid  ini .  


Keajaiban Sedekah
Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. 

Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Bantuan anda bolehla terus di bank in ke akaun dia :

MOHD ZAID OTHMAN
No Akaun Maybank : 162021264292

p/s Ada gak geng blogger yang buat N3 pasal hal ini.  Terima kasih teman-teman blogger

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...