OOO

Memaparkan catatan dengan label barangan maybelline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barangan maybelline. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 21, 2011

Bibir Kekal Lembap-Maybelline Baby Soft Lips

Masa gi Maybelline Workshop bulan, terkejut akak bila Connie buat gimik bawa sepanduk ini sambil menyebut  Say No To Chap Lips!!!  Rupanya Maybelline telah memperkenalkan Maybelline New York Baby Lips SPF20 Lip Balm.
Adakah bibir anda 'chap lips'? Chap lips tu bibir yang merekah ataupun pecah!
Acap kali bibir kering dan pecah tentu terasa tegang dan sakit apabila berkata-kata.
Anda tidak perlu risau lagi kerana Maybelline New York telah pun temui penyelesaiannya.Jika mahukan bibir tampak semulajadi, lembut dan lembab, bolehlah mencuba Baby Lips SPF20 Lip Balm.

Menggunakan formulasi eksklusif yang unik iaitu daripada sel pembaikan botani.  Antara bahan yang terkandung didalamnya adalah herba tradisional iaitu Centella asiatica dari Afrika dan China.  

Kandungan terpilih yang kaya sumber antioksida seperti mentega shea dan vitamin kompleks mampu melindungi dan mengawasi bibir supaya lembapan tahan lama dan lembut.
Warna yang cukup lembut boleh memastikan bibir kekal selesa dan bertindak sebagai pelembab semulajadi. Sapuan kepada bibir boleh memastikan bibir kekal lembab sepanjang hari. 

Dengan satu olesan, Maybelline Baby Lips melembabkan bibir melebihi lapan jam dan dalam tempuh empat minggu, bibir 82 peratus kurang kering, 94 peratus kurang kasar, 77 peratus lebih lembut dan 77 pertaus lebih cantik sempurna.
Terdapat dalam empat variasi warna iaitu Pink Flush, Plum Flush, Red Flush dan Nude Flash,  setiap satu di jual pada harga RM10.90.
Yehaaa gambar kami keluar kat Facebook Maybelline NY Simply Fabulous

Khamis, September 29, 2011

Maybelline Blogging Contest

Ingat tak N3 akak pasal gi workshop Maybelline tu dulu. Nak gi tenguk balik SINI.
  
Masa workshop tu kami semua telah di tunjukkan 4 tema terbaru Maybelline.
make up Party Princess (sweet, subtle pink and girlish accents)
make up tema Mystery Maven(dramatic turquoise eyes with red lips).
Sexy Starlet(shiny and metallic eyes)
akhir sekali GI Jane(eyes in military khaki greens and lots of eyeliner)
(kredit picture by madammondoq)
 
selepas tu kami semua diberi masa 30 minit untuk make over muka sendiri.
Akak pilih tema GI Jane sebab ikut tema ni make up lebih menyerlah kat mata
inilah barangan make up akak gunakan untuk tema tersebut ..jom tenguk langkah demi langkah cara akak solek yer.

Pertama kali kita kena pilih warna yang bersesuain dengan wajah kita,
jangan pakai semboro sahaja.

1. Mula-mula akak gunakan foundation Maybelline natural-looking yang sekata dengan warna kulit muka, ratakan dengan menggunakan jari. Mustahak guna foundation sebab ia boleh menutupi cela noda di wajah kita.
2. Setelah itu sapukan compact powder rata-rata
3. Gunakan eye shadows berwarna gelap
4. Selepas itu calitkan pulak hyper sharp liner berwarna hitam
5. Di turuti pula The Colossal Volum' Express® Mascara
6. Sapukan pula pemerah pipi angle fit brighten up sambil tersenyum dengan cara dari atas ke bawah
7. Kemudian oleskan listick Water Shine Pure dengan memilih warna yang sesuai untuk bibir kita
8. Akhir sekali guna lip gloss untuk menyerlah lagi bibir anda.
taraaaaa

Kitaorang yang hadir pada masa tersebut di galakkan masuk maybelline blogging contest.
 Sebelum jom tenguk step by step make up dari 
Liyana Jasmay menggunakan produk Maybelline
Kena ikut syarat-syaratnya

STEP 1 : RECREATE ANY OF THE 4 DIFFERENT LOOKS AND PHOTOGRAPH/VIDEO YOURSELF DOING IT1


STEP 2 : SUBMIT YOUR VIDEO/PHOTOGRAPHY TO NUFFNANG BY 30TH SEPT
VIDEO BLOG

ATAUPUN STEP BY STEP PHOTOGRAPHY

STEP 4 : WE' LL ANNOUNCE THE 4 FINALISTS ON OCT 31

STEP 5 : ADVANCED MAKE UP CLASS (AMBER CHIA)

STEP 6 : PROFESSIONAL VIDEO SHOOT ON OCT 15

STEP 7 : WE'LL POST YOUR VIDEOS ON FACEBOOK FOR VOTING?

HOW IS THE WINNER DECIDED?
  • 50% "LIKES'
  • 50% PROFESSIONAL JURY (MAYBELLINE, AMBER CHIA, FEMALE)

All decisions are final and may not be contested
Term and conditions apply
Hadiah-hadiah yang best sungguh.

Isnin, September 19, 2011

KEna BelAjar MaKe UpLAh PuLAk

Bersama geng events..Zurie dan Nik..selepas di beri penerangan oleh juru make up pro kami diarahkan supaya mencuba mencantikkan diri.

Masa yang di berikan cuma 30 minit ajer. Akak yang paling gabra dibuatnya. Manalah  akak nak tau camner nak tepek eyes liner, pemerah pipi, mascara (mesti comot kalau pakai sendiri) dan eyes shadow.
Masing-masing khusyuk tenguk tukang make up mengenakan mascara kat CikLily Putih.
Eh ceh cehhhh macamlah akak ni terror ek make up. Sebenarnya akak cuma di make up (sebab tak pandai) masa ada event masa kerja, bertunang dan masa berkawin. Akak cuma pakai foundation dan compact powder ajer.
Hasilnya..cam kelakar ajer tenguk muka akak camni. Tang mata tu rasa cam tak sesuai aa.

Tepekan kat mata semuanya di pakaikan  oleh juru make up, akak cuma letak foundation, bedak, pemerah pipi (tu pun selepas di tunjuk ajar dek juru make up tu) lipstick dan gloss ajer.

Oklah camni kan...tak yah pakai terang-terang, tak sesuai untuk orang dah berumur cam akak ni. Kang orang kata cam pemain opera chinalah pulak.

Nasib baiklah kami tak di suruh catwalk..kalau idak...hermmmm
Nilah benda yang di tepek kat muka akak. Semuanya menggunakan jenama Maybelline. Terima kasih Maybelline dan Nuffnang

Ahad, September 18, 2011

Hasil Rembatan Maybelline New York Fashion Week Workshop

Hasil rembatan di Maybelline Workshops hari Jumaat lepas, beruntung sebab berebut dengan CikLilyPutih sahaja, jadi banyaklah yang kami berdua dapat..memang rezeki kan..


Banyak dapat lipstick, bukan akak pakai sangat pun kalau celak, foundation, lip balm dan bedak compact tu akak gunalah juga.

Dekat beratus ringgit gak hasil rembatan akak ni. Semua yang hadir memang happy sungguh dan senyum sampai ke telinga.


Cukup untuk setahun stok ni.
Gifts dariMaybelline. terima kasih kepada Nuffnang juga kerna sudi menjemput kami.

Jom LIKE FB Maybelline

p/s oleh sebab raya ramai saudara mara datang..banyak yang akak dah sedekah terutama lipstick pastu simpan untuk akak dan anak pempuan akak

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...