OOO

Memaparkan catatan dengan label bercuti di pulau pangkor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bercuti di pulau pangkor. Papar semua catatan

Isnin, April 09, 2012

Makan Malam di Teratak Bayu Restaurant Pulau Pangkor

Hari pertama kami cuma makan kat restoran yang berhampiran dengan hotel tempat kami menginap.  Oleh sebab keluar lambat dan restoran ini yang paling ramai orang, kami terpaksa tunggu agak lama.  Kami pilih ikan gerut untuk di bakar.
 udang camni memang kegemaran anak-anak
 ada yang order nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya dan nasi goreng seafood
 akak makan tomyam udang dan sotong bersama dengan nasi putih, sayur kailan dan telur bungkus
imran memang dah lapar betul masa ni..boring tul dia bila makanan lambat sampai
 terbaiklah sambal ikan bakar ni
Ira makan tak pandang kiri kanan..
 pemandangan di waktu siang..kredit google
Jumlah makan malam kami dalam RM90 lebih..kira oklah dan puas hati sebab sedap.  Teratak Bayu Restaurant terletak berhampiran Puteri Bayu Beach Resort di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Lumut, Perak.
 Bila dah kenyang, bolehlah jalan-jalan kat kedai yang ada di sini, harga memang berpatutan.  Kalau korang pergi ke Pulau Pangkor dan duk hotel kat area Pantai Pasir Bogak, bolehlah menjamu selera kat restoran ni yer


Jumaat, Mac 30, 2012

Aktiviti Di Pantai Pasir Bogak Dan Pantai Teluk Nipah Di Pulau Pangkor

Last pegi ke Pulau Pangkor tahun 90 an, masa tu Ira (16 tahun) tak ada lagi.  3 orang anak baru bersekolah rendah, fuh lama tul tak datang.  Ira teringin sebab tenguk gambar kat album kami bercuti kat sini, tu sebab dia nak tenguk camner rupanya Pulau Pangkor yang kecil yang cuma ambil masa tak sampai 2 jam bila kita jejalan naik kereta.
Baik Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah memang ada aktiviti pantai, tapi rasanya lebih meriah lagi di Pantai Teluk Nipah sebab banyak chalet, hotel dan rumah tumpangan.  Tempat makan dan jual cenderamata pun banyak kat situ.

Masa di sini, kami sewa kereta pada pagi hari ke 2, kawan Firdaus yang rekemenkan.  Kami sewa  dari pukul 10.00 pagi hingga keesokannya harinya sampai parking kat jetty dalam pukul 12.00. Tak payah kunci (letak kat bawah kerusi ajer) kat tempat parking sebab kata empunya keta, kat sini tak ada kes keta hilang walaupun tak kunci.

Kos sewa dia ambil RM90.00, keta wira manual, nasib baiklah anak akak boleh bawa ingat camner nak bawa.  Kalau akak..for sure tak bergeraklah keta tu.
Kami terpaksa sewa keta sebab kalau naik taxi@van dorang charge 1 van RM20.00 sehala kalau gi ke sana sini terutama bila nak cari tempat makan.  Rasa bosanlah kan kalau ashik makan tempat yang sama.
Jinak tul burung enggang ni..bukan akak ajer yang 
ambil gambar, org lain pun sama
Kami makan tengahari di Pantai Teluk Nipah..tak jauh mana pun rupanya dalam 10-15 minit dah sampai dari hotel. Memang banyak pilihan makanan kat sini.  Kat tempat kami tidur tak ada pilihan, kami malas nak makan kat area hotel sebab cuma ada satu warung melayu yang jual kat situ.
Imran sibuk nak mandi dan nak naik kayak, tapi tak boleh sebab dia tak cukup umur..dorang tak nak ambil risiko. Akak dan Firdaus kalau naik takut tenggelam lah pulak.
Dorang baru balik dari island hopping ataupun boat trip..harga taklah mahal sangat..kena pandai tawar menawar. 
 Lama gak lepak kat sini, nama pun bercuti tak payah tergesa-gesa, tak payah harung kesesakan jalanraya.  Aduhai damai dan tenang jiwa dibuatnya.
banana boat..gelak tenguk dorang di jatuhkan ke dalam air bila dah nak sampai.
Kat belakang hotel di Pantai Pasir Bogak  pun ada gak water sport.  Kalau nak naik kayak, snorkeling, boat trip..janji ada duit.
 
Bila ada  orang naik jet ski, terasa seram gak nak mandi dekat sini, akak dan anak-anak mandi jauh sikit, takut terjadi perkara yang tak di ingini macam orang kena langgar dek jet ski kat pantai di pulau pinang.

Aktiviti kami cuma main pasir, mandi laut, bervangan naik buai cam cerita bawang merah bawang putih , jalan-jalan tepi pantai, ambik gambar, makan minum, tenguk tv dan mandi di kolam renang.  Suami kata..nama pun berehat.
 Antara aktiviti menarik yang di tawarkan di Pantai Pasir Bogak..
pilih ajer yang mana berkenan di hati
Kalau korang sukakan pemandangan  sebegini bolehlah datang ke Pulau Pangkor ataupun ke pulau-pulau yang lain, kalau suka shopping baik gi Pulau Langkawi kan.  Akak suka dua-dua tapi lebih suka menikmati pemandangan alam terutama bila bersama keluarga.

Rabu, Mac 28, 2012

Cinta

Bila sedang bercinta...
segalanya indah belaka..
dunia terasa aku yang punya
aku mencintaimu sentiasa diucapkan tak kira masa
Aku cintakanmu
Tidak cukup di bibir sahaja
Terukir madah cinta di batu
Langit dan bumi inilah saksinya
 Terukir nama aku dan dia
dengan harapan agar cinta teguh seperti batu
biar pun di hempas dek angin dan ombak
  kata-kata cinta tetap terukir megah
semuga cinta takkan hilang di telan masa
ianya berakhir sehingga ke hujung nyawa

Ku ragu menulis kata cinta diatas pasir, 
namun ku tulis juga ayat cinta
Biarkan angin meniup coretan itu, 
tapi aku kan tulis kata serupa diatasnya
Meski ombak dan angin sentiasa mencemburinya
dan  menghapuskan madah cinta itu.


SAAT BERCINTA MEMANG INDAH

Tapi bila putus cinta yang mendalam
Sakitnya  dikhianati memang pedih lukanya
Bahkan bisa meninggalkan luka yang mendalam
Payah hilang parutnya  dan pedihnya hati  tak terkata

Ala putus cinta, bukan berarti dunia sudah berakhir bukan? 
Mungkin kita akan dapat yang lebih baik dari si dia..
(pengalaman sendiri ni..kenangan dulu-dululah)

Isnin, Mac 26, 2012

Sukanya Anak-Anak Bercuti Ke Pulau Pangkor

Yang happy gi jejalan ataupun bercuti, mestilah anak-anak kan terutama yang masih bersekolah.  Kita yang dah tua ni kurang sikit rasa excited bila  dah  selalu naik feri dan puas berjalan-jalan.
Masa pegi ke Pulau Pangkor, kami tak dapat naik kat atas sebab feri kecik, tak tempat nak naik kat atas, budak-budak cuma boleh menikmati pemandangan di belakang feri ajer. 
Nasib baik masa nak balik semula ke Lumut kami dapat naik feri yang ada tempat duduk kat atas tapi akak dan suami tak naik,  yang naik anak-anak ajerlah. Kami duk berduaan kat dalam ajer.
First time Imran dan Ira merasai pengalaman menikmati pemandangan di luar feri , masa  ke langkawi mana nak rasa pengalaman macam ni.
bot nelayan sedang mencari rezeki
dari kejauhan ternampak Pulau Pangkor
 Ira pun happy sebab dia yang nak sangat tenguk Pulau Pangkor tu macamana.
tertunailah hasrat di hati Ira..
sebenarnya akak hadiahkan percutian ke sini dek kerana Ira telah berjaya dalam peperiksaan PMR tahun lepas.
Yang paling best sebab akak gunakan pendapatan dari hasil berblog 
100% untuk percutian kali ini 
Terima kasih Nuffnang.
selain dari itu akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak-anak terutama suami yang membenarkan akak berblog dan kerjasama dari mereka akak berjaya mendapat hasil dari berblog.
tanpa sokongan dari mereka akak tak akan berjaya.
terima kasih suami dan anak-anakku
Pulau Pangkor, memang indah...tempat yang sesuai untuk bercuti
Sekarang jeti di Lumut dah cantik, tak macam dulu tapi
Akak dan anak-anak memang tak puas hati dengan keadaan tandas di sini.  Dahlah di kenakan bayaran sebanyak 0.30 sen seorang, keadaan di dalam tandas memang tidak memuaskan. Memang menggelikan dan memang memerlukan penyelenggaraan yang sempurna.
cantik kannnnnn
 Jeti ini memang tempat tumpuan pelancong asing dan orangramai, bila tandas tidak di selenggara dengan baik, ianya agak memalukan kerana dah tentu akan menjadi satu isu yang akan di perkatakan  kepada teman-teman apabila mereka pulang ke sana semula.

Semuga pihak berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Selasa, Mac 13, 2012

Bercuti Di Tepi Pantai

3 hari tanpa internet sebab nak bebaskan diri dari itu semua
Bercuti di tempat sebegini memanglah akak suka.  
Jauh dari kesesakan jalanraya dan bunyi hinggar binggar kesibukan di Kuala Lumpur
Seronok menikmati suasana matahari terbit & terbenam di tepi pantai, laut yang luas dan deruan ombak yang lembut benar-benar menggamit para pengunjung untuk menikmati kesegaran airnya.
Bila tenguk air laut yang jernih sebegini memang rugi jika tak mandi kan.  Mandi air laut yang biru mendamaikan pasti mengasyikkan.  Pantainya yang bersih menyejukkan mata memandang..kalau guna kamera mahal lagi cantik kannnnn

p/s Cuba teka akak gi mana?..Kalau nak tau..tunggu dulu yer sebab tengah mendobi kain baju yang menimbun.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...