OOO

Memaparkan catatan dengan label bintulu sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bintulu sarawak. Papar semua catatan

Khamis, September 17, 2015

Restoran Selera Kampung Bintulu

Assalammualaikum semua

Sekali sekali teringat gak kenangan masa kat seberang laut, bukan jauh tapi nak gi tak boleh berenang. Kena naik belon kata orang sana.  Dah lama dah draft cuma tak sempat nak update masa kat Miri.

Restoran ni kamu jumpa secara kebetulan masa jalan nak balik semula ke Miri, tenguk dari luar cam ok jer.

Nasi goreng pattaya, akak suruh Imran makan kenyang kenyang sebab dari Bintulu ke Miri ambil masa 2 jam lebih.  Tak pandai kami nak cari makanan halal sepanjang perjalanan sebab melalui perkampungan orang Iban bila menggunakan jalan pertama sampai Batu Niah.  Masa pergi kami ikut jalan kedua tapi kat situ banyak ladang kelapa sawit.  
Daging masak merah
Masa jalan ikut ladang kelapa sawit, memang payah nak jumpa kedai dan tandas, nasib baiklah kami ok ok jer masa tu, taklah nak ke tandas ajer.
Sup ni masak ala ala thai, kira oklah boleh telan kat restoran ni,  Terletak di sebelah Bank Rakyat Bintulu. tak susah nak cari.

Alamat
No. 21, Ground Floor,
Lot 3307,
Jalan Tun Ahmad Zaidi, 
97000 Bintulu,
Sarawak

Isnin, Disember 08, 2014

Ke Bintulu Sarawak

Assalammualaikum
Dari Miri ke Bintulu mengambil masa lebih kurang 3 jam, jalan raya dalam keadaan baik.  Yang seronoknya walaupun cuti kat sini tiada kesesakan macam kat sana.
Suami dah pernah sampai ke Bintulu jadi kami tak ada masalah nak cari tempat makan
Dah nak sampai ke Bintulu, oleh sebab perut dah berkeroncong kami  pergi ke cafe berdekatan Tune Hotel dan suami akakmakan nasi goreng madu tiga kat SINI
Oleh kerana kami tak book hotel, kami main redah jer ke Parkcity Everly Hotel Bintulu
nasib baik ada bilik kosong lagi
Akak mengambil kesempatan jejalan 
kat waterfront Bintulu
Imran dan suami cam biasa berenang
akak tunggu sampai matahari terbenam baru pulang semula ke bilik.  Malam kami makan di satu restoran tapi tak sedap, jadi tak payahlah akak share mana tempatnya.

Lepas makan kami round-round nak tenguk apa yang ada kat Bintulu.  
antara sarapan pagi yang akak cuba
sedap dim sum ni

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...