OOO

Memaparkan catatan dengan label biskut raya sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut raya sedap. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 04, 2015

Resepi Biskut German/German Cookies Recipe/ DEUTSCHE KEKSE

Assalammualaikum semua

Bila baca feed back dari rakan rakan masak memasak kata biskut ni sedap, akak pun merajinkan diri membuatnya.  Kalau ikut gambar betul bulat pastu tekan dengan garpu, akak buat bentuk ni jer. Macam biasa akak ambil resepi dari rakan blogger Mat Gebu
buruk  betul kan bila letak coklat..tapi rasanya sedapppp

BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (guna 1/2 camca besar), kemudian bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

**Kalau adunan terlalu lembik, bolehlah tambahkan sedikit tepung kentang/gandum dan uli doh sehingga menjadi doh yg di kehendaki.

Sabtu, Oktober 29, 2011

Danish Butter Cookies


Akak memang suka makan biskut Danish Butter Cookies ni..kalau beli memang anak-anak ngap laju-laju sampai akak kena pesan..tinggal sikit untuk mak ayah yer.  Sekarang ni kalau beli kukis ni dalam tin memang mahal kan.  Akak cuma beli bila ada offer ajer.

Oleh sebab tenguk geng masak memasak ada tepek resepi ni, akak pun merajinkan diri buat kukis ni.  Oleh sebab tamak punya pasal akak buat sampai 2 adunan.  Ikut resepi kena masuk dalam beg aising pastu paipkan ikut stail macam dalam pasaran.
Aduhai bagai nak pengsan akak picit tapi susah nak keluar..lelama akak ambil acuan buat kueh dahlia akak bentukkan bunga ni.  Lantaklah labu..janji siap dan boleh di makan.

Bila makan kukis ni memang cair di mulut tapi idaklah 100% macam yang di jual tu.  Resepi ni sumbangan dari Fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan
gula halus - utk tabur (opt)
Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka
Akak ayak gula aising atas biskut selepas siap di bakar..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...