OOO

Memaparkan catatan dengan label biskut raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut raya. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 04, 2015

Resepi Biskut German/German Cookies Recipe/ DEUTSCHE KEKSE

Assalammualaikum semua

Bila baca feed back dari rakan rakan masak memasak kata biskut ni sedap, akak pun merajinkan diri membuatnya.  Kalau ikut gambar betul bulat pastu tekan dengan garpu, akak buat bentuk ni jer. Macam biasa akak ambil resepi dari rakan blogger Mat Gebu
buruk  betul kan bila letak coklat..tapi rasanya sedapppp

BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (guna 1/2 camca besar), kemudian bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

**Kalau adunan terlalu lembik, bolehlah tambahkan sedikit tepung kentang/gandum dan uli doh sehingga menjadi doh yg di kehendaki.

Sabtu, Oktober 29, 2011

Danish Butter Cookies


Akak memang suka makan biskut Danish Butter Cookies ni..kalau beli memang anak-anak ngap laju-laju sampai akak kena pesan..tinggal sikit untuk mak ayah yer.  Sekarang ni kalau beli kukis ni dalam tin memang mahal kan.  Akak cuma beli bila ada offer ajer.

Oleh sebab tenguk geng masak memasak ada tepek resepi ni, akak pun merajinkan diri buat kukis ni.  Oleh sebab tamak punya pasal akak buat sampai 2 adunan.  Ikut resepi kena masuk dalam beg aising pastu paipkan ikut stail macam dalam pasaran.
Aduhai bagai nak pengsan akak picit tapi susah nak keluar..lelama akak ambil acuan buat kueh dahlia akak bentukkan bunga ni.  Lantaklah labu..janji siap dan boleh di makan.

Bila makan kukis ni memang cair di mulut tapi idaklah 100% macam yang di jual tu.  Resepi ni sumbangan dari Fida@myresipi.com


Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan
gula halus - utk tabur (opt)
Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka
Akak ayak gula aising atas biskut selepas siap di bakar..

Sabtu, September 18, 2010

Apa yang orang suka makan bila raya (Kisah raya lagi)

Gi beraya hari Rabu..mula-mula ke Nilai rumah adik ipar (lupa nak ambil gambar) sambil tu shopping kat Nilai..kemudian kami konvoi 2 kereta ke Bangi.....
macam orang kelaparan..bedal biskut raya...
habis kerepek, keropok dan popia gulung di bedal oleh kami...
Masa adik  datang  hari Khamis...akak hidangkan keropok lekor original dari Terengganu..akak ambil kat rumah dia hari tu jugak ...eyriqazz bagi sebab dia balik kampung dan dia kata kalau nak makan keropok lekor jom serbu rumah dia..(gurau ajer)
Dah rezeki mereka...mengunyah keropok lekor
.biskut raya cuma jamah sikit ajer..
Bila kawan Ira datang sebelah tengahari...
akak goreng nugget...lagi mereka suka..
perut kenyang suka hati..
yang paling akak suka

Khamis, Julai 29, 2010

Resepi biskut Tart Nanas Sedap

Lepas semua muka ketat semacam bila baca N3 hangat tu jumlah kita senyumkan diri macam katun asoo tu ..makan tat nanas. Sajer terajin nak buat sebab nak habiskan jem tat. Akak kurang gemar yang gulung ..suker yang terap camni.

Gambar sebelum pembakaran. Lepas pembakaran terluper nak shoot.
Bahan-bahan
  • 250gm butter
  • 60 gm gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanila
  • 3oo-330gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 30gm tepung kastad*
  • 20gm susu tepung*
  • 2gm garam halus
  • * ayak
Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
  • 450 gm parutan nenas – tapis
  • 1 camb jus limau nipis
  • 180 gm gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.


Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

Selasa, September 15, 2009

Biskut Denmark (biskut ke 3)

Oleh sebab tertarik baca komen dari ummi di kuantan tu..akak pun merajinkan diri buat cookies ni...adusss memang renyah membuatnya...tang gentel senang..tapi nak celup coklat dan tabur badam tu yang malas...tapi terpaksa sudahkan jugak....sape lagi yang nak buat kalau tak akak....dahlah akak aje perempuan yang tinggal kat rumah sekarang ni....

.nasib baiklah akak tengah bulan mengambang..taklah rasa letih sesangat....boleh berhenti minum..(nafsu nak makan tak adalah sangat..makan biskut ni pun dah kenyang) .akak buat dari pagi...dalam pukul 8.00 lebih .....nak dekat pukul satu baru siap masuk botol..memang mencabar sungguh buat seorang ni...lain kali kena ada orang tolong barulah cepat sikit...

Tapi..memang berbaloilah buat biskut denmark ni...satu adunan leh dapat nak dekat 200 biji...boleh buat meniaga ni....boleh bagi mak akak 50 biji...bawak balik kampung hb kat Segamat....50 biji....tapi akak tukar guna badam cincang yang telah di sangai....stok badam cincang banyak sebab beli 500gm...lagipun .sebab sayang kalau badam tu tak di gunakan...nanti expiredlah pulak badam tu...resepi asal dari R.Net....lepas tu mak lang azie buat....lepas tu ummi buat...lepas tu akaklah pulak.....akak c & p dari blog ummi aje..

Bahan-Bahan:-
  • 2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)-ikut mak lang kurangkan gula...
  • 1½ cawan butter
  • 3 cawan tepung jagung
  • 2½ cawan tepung gandum
  • Vanilla(akak letak 1 sudu teh)
  • 2 biji merah telur
Bahan Icing:-
  • 2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
  • 2 bungkus gula icing
  • 4 camb serbuk koko
  • Air panas
*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) - akak pun wat style Maklang jek..hehe

Cara-Cara:-
  1. Adunkan butter + gula hingga berkrim·
  2. Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
  4. Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
  5. Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan. (*ummi bakar pd suhu 180C selama 15 - 18 minit - hingga nmpak nak garing sikit, baru rangup! Itupn, bergantung jgk pd oven masing2 ya..)
  6. Celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk

    macam almond london pun ada ..lepas letak badam cincang....cuma tak ada badam kat dalam..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...