Akhirnya dapat juga berjumpa dan mendengar celoteh dari Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail ataupun di kenali dengan nama Dato' Chef Wan Dato' Chef Wan.
Dato' Chef Wan merupakan seorang Chef yang terkenal di Malaysia dan telah berjaya menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia disebabkan kepakarannya.

Selama ni akak cuma tenguk rancangan masakan Dato' Chef Wan di tv sahaja. Dato' Chef Wan selalu ke luar negara mempromosikan masakan Malaysia seperti rendang, nasi lemak dan kueh mueh Malaysia yang lain.
Dato' Chef Wan juga pernah muncul dalam dalam rancangan masakan tv luar negara. Beliau juga di gelar "Food Ambassador of Malaysia"
Kami suka dengan lawak jenaka selamba dari beliau membuatkan kita tak kering gusi dan ketawa terbahak-bahak.
Dato' Chef Wan juga pernah muncul dalam dalam rancangan masakan tv luar negara. Beliau juga di gelar "Food Ambassador of Malaysia"
Bila melihat sendiri cara beliau memasak sambil berceloteh, memang ianya sinonim dengan Dato' Chef Wan. Kami memang terhibur dengan jenaka selamba beliau sehingga riuh rendah suasana di sini.
Walaupun begitu Dato' Chef Wan tetap dapat menghidangkan 4 jenis resepi yang akak akan share kemudian.
Dato' Chef Wan baru melancarkan buku masakan The Best of Chef Wan- Taste of Malaysia.
Bukan sekadar buku masakan biasa, malah buku yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan antarabangsa Marshall Calvendish itu mempunyai nilai yang sangat mendalam sepanjang 25 tahun ikon masakan berkenaan mengabdikan diri dalam dunia masakan.
Memiliki 138 resipi juadah Malaysia, buku resipi itu merangkumi enam kategori hidangan iaitu ayam, daging, ikan dan makanan laut, salad dan sayur-sayuran, nasi, mi serta sup membuka selera sepenuhnya dalam bahasa
inggeris.

Wah Dato' Chef Wan macam akak gak, suka ambil gambar..nak share di FB katanya.
Mengenali lebih dekat Dato'Chef Wan
* Dilahirkan di Singapura pada 1958.
* Anak sulung dalam tujuh beradik.
* Mempunyai kelayakan sebagai akauntan tetapi menunjukkan minat tinggi dalam bidang masakan dan akhirnya menjadi chef profesional.
* Mempunyai ijazah dalam Latihan Profesional dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.
* Memiliki Diploma Ritz Escoffier dari Ritz Hotel di Paris.
* Chef pertama di Malaysia yang dikurniakan gelaran Datuk.
* Dilantik menjadi Duta Kulinari oleh Pelancongan Malaysia pada November 2010.
* Pada 2011, menerima gelaran Icons of Malaysia, anugerah diberikan oleh Malaysia Book of Records kepada rakyat Malaysia yang terkemuka.
* Pada 2009, mendapat pengiktirafan tertinggi sebagai chef apabila memenangi gelaran Best Celebrity Chef Award di Gourmand World Cook Book Awards.

* Pada 2007, menerima anugerah Lifetime Jury Award di Prix La Maxille sebagai sumbangan duta kulinari.
* Sehingga kini sudah menjadi hos bagi beratus-ratus rancangan masakan dan menulis beberapa buah buku masakan.

Alhamdulliah