OOO

Memaparkan catatan dengan label dato chef wan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dato chef wan. Papar semua catatan

Rabu, April 25, 2012

Lempeng Kentang Hashbrown Simplot Dan Udang (Resepi Chef Wan)

 
Seperti yang anda tau, Dato' Chef Wan adalah seorang chef terkenal dan berpengalaman yang selalu mempromosikan masakan Malaysia di luar negara dan ini membuatkan pelancong-pelancong boleh merasa masakan Malaysia yang berbagai rupa dan rasa.

Salah satu resepi yang Dato' Chef Wan sudi berkongsi resepi  pada bengkel memasak pada hari Sabtu lepas ialah resepi Lempeng.  Lempeng tak di nafikan adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia dan ianya selalu di hidangkan pada waktu pagi ataupun malam.
Terdapat berbagai-bagai jenis lempeng, ada lempeng di perbuat dari pisang, kelapa ataupun cuma tepung gandum sahaja.  Tetapi Dato' Chef Wan telah mempelbagaikan dan mengubah bahan-bahan untuk membuat Lempeng Kentang Hashbrown Simplot Dan Udang ini.

Bahan-bahannya (Untuk 10-15 orang)
1 paket Hasbrown Simplot (digoreng sehingga kuning dan di ramas hancur
6 biji telur
1/2 cawan tepung serba guna
2 cawan susu segar
1 camca besar serbuk penaik
2 biji bawang besar kuning, di goreng sebentar bersama minyak zaitun sehingga layu
2 ulas bawang putih-dicincang halus
1 genggam besar daun kucai-dihiris
2 biji cili merah di hiris
1 camca teh lada putih
300gm udang hidup - buang kulit
150gm taugeh
1 camca teh serbuk kunyit
minyak zaitun untuk menggoreng
 
Cara membuatnya
1.  Pukul telur bersama susu dalam mangkuk dan masukkan tepung bersama serbuk penaik, bancuh sehingga sebati.
2.  Masukkan Hasbrown Simplot yang di ramas tadi bersama semua bahan dan sedikit garam.
 
3.  Letak sedikit minyak zaitun dalam kuali tidak melekat (non-stick frying pan) dan bubuh satu bancuhan lempeng tadi seperti membuat lempeng.
 
4.  Masak kedua-dua belah sehingga kuning dan hidangkan panas-panas.
 Sedapkan Hidayat...makan sekali nak lagi..

Ahad, April 22, 2012

Tertunai Hasrat Di Hati Jumpa Chef Fofolur Malaysia

Akhirnya dapat juga berjumpa dan mendengar celoteh dari Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail ataupun di kenali dengan nama Dato' Chef Wan Dato' Chef Wan.

Dato' Chef Wan  merupakan seorang Chef yang terkenal di Malaysia dan telah  berjaya menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia disebabkan kepakarannya.
Selama ni akak cuma tenguk rancangan masakan Dato' Chef Wan di tv sahaja.  Dato' Chef Wan selalu ke luar negara mempromosikan masakan Malaysia seperti rendang, nasi lemak dan kueh mueh Malaysia yang lain.


Dato' Chef Wan  juga pernah muncul dalam dalam rancangan masakan  tv luar negara.  Beliau juga di gelar "Food Ambassador of Malaysia"
Kami suka dengan lawak jenaka selamba dari beliau membuatkan kita tak kering gusi dan ketawa terbahak-bahak.

Bila melihat sendiri cara beliau memasak sambil berceloteh, memang ianya sinonim dengan Dato' Chef Wan.  Kami memang terhibur dengan jenaka selamba beliau sehingga riuh rendah suasana di sini.
Walaupun begitu Dato' Chef Wan tetap dapat menghidangkan 4 jenis resepi yang akak akan share kemudian.  
Dato' Chef Wan baru melancarkan buku masakan The Best of Chef Wan- Taste of Malaysia. 

Bukan sekadar buku masakan biasa, malah buku yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan antarabangsa Marshall Calvendish itu mempunyai nilai yang sangat mendalam sepanjang 25 tahun ikon masakan berkenaan mengabdikan diri dalam dunia masakan.

Memiliki 138 resipi juadah Malaysia, buku resipi itu merangkumi enam kategori hidangan iaitu ayam, daging, ikan dan makanan laut, salad dan sayur-sayuran, nasi, mi serta sup membuka selera sepenuhnya dalam bahasa 
 inggeris.
Wah Dato' Chef Wan macam akak gak, suka ambil gambar..nak share di FB katanya.  

Mengenali lebih dekat Dato'Chef Wan

* Dilahirkan di Singapura pada 1958.


* Anak sulung dalam tujuh beradik.


* Mempunyai kelayakan sebagai akauntan tetapi menunjukkan minat tinggi dalam bidang masakan dan akhirnya menjadi chef profesional.


* Mempunyai ijazah dalam Latihan Profesional dan Pengurusan
Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

* Memiliki Diploma Ritz Escoffier dari Ritz Hotel di
Paris.

* Chef pertama di Malaysia yang dikurniakan gelaran Datuk.


* Dilantik menjadi Duta Kulinari oleh Pelancongan Malaysia pada November 2010.


* Pada 2011, menerima gelaran Icons of Malaysia, anugerah diberikan oleh Malaysia Book of Records kepada rakyat Malaysia yang terkemuka.

* Pada 2009, mendapat pengiktirafan tertinggi sebagai chef apabila memenangi gelaran Best Celebrity Chef Award di Gourmand World
Cook Book Awards.

 
* Pada 2007, menerima anugerah Lifetime Jury Award di Prix La Maxille sebagai sumbangan duta kulinari.

* Sehingga kini sudah menjadi hos bagi beratus-ratus rancangan masakan dan menulis beberapa buah buku masakan.

Alhamdulliah


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...