OOO

Memaparkan catatan dengan label cabaran nikmati susu dalam 21 hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cabaran nikmati susu dalam 21 hari. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 30, 2012

Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries. 

Salah satu lagu lama yang popolur tentang susu yang bertajuk Susu Mambo yang masih jelas dalam ingatan ialah dari  penyanyi Zainal Alam.

Tahukah anda daripada hidangan makanan yang kita diambil setiap hari, tiada satu pun menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu.   Banyak kebaikan jika kita mengambil susu untuk sajian 2 kali sehari.

Antara kebaikan meminum susu ialah :

Susu memang kaya dengan kandungan kalsium yang penting untuk pertumbuhan dan menguatkan tulang kita.  Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).
 
Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)

Susu juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang menyebabkan kanser. Selain itu dapat mencegah sakit migrain.



Anak sulung saya Russhdi tak berapa suka dengan susu penuh krim ataupun susu segar.  Beliau lebih gemarkan perisa strawberi ataupun coklat dan selalunya minum di waktu pagi sebelum pergi bekerja.  Cukup dengan segelas susu boleh mengenyangkan beliau sehingga waktu makan tengahari.


 
Kedua orangtua saya juga mengamalkan minum susu setiap hari kerana susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan  rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.  

Jika tidak mengamalkan minum susu boleh nanti mereka senang mengalami masalah tulang, selalu lenguh atau lagi berat mengalami osteoporosis terutama bagi ibu saya.  Bagi saya  pula minum susu penting untuk mengelakkan kehilangan kepadatan tulang dan saya amalkan minum susu setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Lemak susu sebenarnya tidak memberi apa-apa  kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap mengambil susu boleh menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. 


Jadi metos mengatakan minum susu boleh menggemukkan adalah tidak betul.
Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
Jika minum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.
  
Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.
Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.

Bagi kanak-kanak pula, susu  adalah makanan yang paling berkhasiat dan lengkap terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


Ia membekalkan sumber kalsium terbaik di samping mengandungi pelbagai khasiat yang meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan. 
Malah, tidak ada sumber kalsium yang boleh diserap oleh badan sebanyak mana kalsium yang dapat diserap daripada susu dan produk susu.

Banyak betul kebaikan minum susu bukan. 

Tapi sayangnya sebab dari kaji selidik telah mendapati bahawa purata penduduk Malaysia cuma mengambil 0.14 susu sehari sementara pengambilan susu di kalangan kanak-kanak sekolah didapati semakin menurun.  
Kenapa ini semua terjadi?
Ini semua disebabkan kanak-kanak sekarang lebih suka minum minuman ringan dan kordial  yang banyak di pasaran dan mempunyai bermacam-macam warna yang lebih menarik minat mereka untuk menikmatinya.

Mungkin juga ramai kanak-kanak tidak tau tentang kepentingan minum susu disebabkan ahli keluarga mereka juga kurang berminat untuk minum susu.
Sepatutnya setiap kanak-kanak  tetap memerlukan  susu sebagai makanan keperluan harian untuk membesar sama ada dengan meminumnya menggunakan cawan atau gelas. 

Bukan sahaja kanak-kanak, malah kita semua  di peringkat semua usia memerlukan susu untuk menampung khasiat yang diperlukan oleh badan.
Menangani kerenah kanak-kanak yang tidak sukakan susu memang mencabar terutama bila mereka kata..


Mak tak sedaplah susu..tawar ajer
Susu ni bau tak sedap

Tapi semuanya boleh di selesaikan jika kita pandai mempelbagaikan susu dalam pemakanan di rumah seperti membuat minuman  yang paling disukai oleh kanak-kanak.
 
Salah satunya ialah dengan cara mengisar susu dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak samada perisa strawberi ataupun coklat yang tentu menarik perhatian mereka. Jika  kisar susu bersama buah-buahan ataupun jus untuk menghasilkan smooties yang enak.

Ataupun mencampurkan susu sejuk sejuk/suam dengan semangkuk  bijirin sarapan yang di sukai sambil bercerita tentang kebaikan susu,boleh juga hidangkan susu dengan biskut ataupun roti.  

Jika mereka tidak sukakan susu asli, anak-anak boleh juga di beri pelbagai susu seperti susu uht, susu disteril ataupun susu dispasteur Dutch Lady yang terdapat dalam pelbagai saiz dan perisa.
 
Selain itu terdapat juga susu tepung famili , minuman yogurt  dan juga yogurt dutch lady.

Saya bernasib baik kerana keluarga saya memang mengamalkan minum susu sentiasa terutama bagi anak bongsu lelaki yang sedang membesar. 
Imran baru sembuh dari penyakit denggi, setelah beberapa lama tidak dapat mengambil makanan disebabkan tiada selera, akak akan pastikan Imran minum susu sebanyak 2 kali sehari untuk memulihkan tenaga yang banyak hilang  demi untuk pertumbuhan yang sehat kerana kandungan nutrien dalam susu boleh membantu anak akak pada waktu begini.

Setiap hari sebelum ke sekolah, Imran akan mengambil sekotak susu untuk sarapan pagi yang cepat dan berkhasiat kerana dia tidak boleh mengambil sarapan pagi yang lain.


 
Tujuan kempen Nikmati Susu Dalam 21 hari adalah untuk menggalakan peminat laman Facebook Dutch Lady Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan dan membina tabiat mengambil sajian susu dalam masa 21 hari.  Juga menyediakan cara-cara yang menyeronokkan untuk menikmati sajian susu kepada penduduk-penduduk di Malaysia.

Sempena dengan  kempen “Nikmati Susu Dalam 21 Hari” anjuran Dutch Lady anda boleh berkongsi idea bagaimana untuk menikmati sajian susu untuk kanak-kanak seperti membuat milk shake, smooties ataupun dadih dengan menggunakan pelbagai susu Dutch Lady.

Dan mengambil gambar secara kreatif dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200.00. 

Anda boleh layari  Applikasi FB Dutch Lady-Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari untuk info lebih lanjut dan jangan lupa mencuba dan berkongsi dengan rakan-rakan anda tentang kempen ini.


Amalkan minum susu setiap hari
Dua kali sehari sudah memadai
Demi kesihatan di kemudian hari
Susu Dutch Lady patutlah di cari

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...