OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat puding dangdut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat puding dangdut. Papar semua catatan

Khamis, Januari 05, 2012

Puding Laici Dangdut Yang Mak Kata Sedap

Selalunya akak letak dalam remekin tapi oleh sebab buat kenduri macam payah nak makan akak masukkan dalam loyang kaca.  Sepatutnya kena scoop dengan sudu tapi dorang gi potong.

Sebenarnya payah nak potong sebab ada laici kat dalamnya.  Dah jadi buruk nampaknya.  Tapi tak kisahlah... janji habis.  Makan puding musim panas dah seminggu ni memang nyaman di tekak.  Nak buat pun sonang bebeno.  Resepi asal dari blog Kak Liza

Mak akak kata... sedaplah angah (nama panggilan).  Wah kembang hati mendengarnya. Yana ada  buat gak puding roti 2 loyang tapi lupa pulak ambil gambar .  Kalau nak tenguk camner rupa puding roti koranglah leh lah ke SINI

Bahan-bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar-agar  biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula-akak kurangkan ..guna dlm 1 1/2 cawan ajer
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair (akak guna susu ideal)
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
    Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  2. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. (Akak masukkan ajer buah laici yang di siat kecil dalam agar-agar tadi)
  3. Sejukkan sebentar. 
  4. Kemudian sejukkan dalam fridge. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
  
selalunya akak letak dalam ramekin macam ini

Isnin, Januari 10, 2011

Resepi Puding Laici Dangdut

Akak punya favourite ni. Kalau buat akak yang makan paling banyak. Kalau ikutkan resepi ni dapat banyak tau. Lebih kurang satu loyang. Selalunya akak buat 1/2 dari resepi asal.

Akak lebihkan susu cair dan kurangkan gula sedikit. Sebab air laici dah manis. Suka letak dalam bekas remekin pasal senang nak makan. Tak payah nak potong lagi. Dah ada dah resepi dah dulu tapi gambar dah hilang.


Bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula-akak kurangkan ..guna dlm 1/2 cawan ajer
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair (lebih bagus kalau guna susu ideal)
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
    Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

  2. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  3. Kemudian sejukkan dalam fridge.
    Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk
  4. bila nak makan.)
  5. akak masuk semua buah laici dalam setiap ramekin.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...