OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat sagu gula melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat sagu gula melaka. Papar semua catatan

Rabu, Disember 14, 2011

Sagu Gula Melaka Lagi

Boleh terlupa nak letak pewarna, tak cun bila dah siap kan.  Pucat semacam ajerlah.   Kali ni akak guna susu cair ajer menggantikan santan.  Akak ambil resepi asal dari blog Ah Mat Gebu tapi akak derhaka sikitlah

Bahan-bahan
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
Untuk sirap gula
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir-tak letak
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan-di siat-siat
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • susu cair secukupnya
 

Cara Menyedia:-
1.  Rendam sagu dengan air sekejap pastu gi didihkan air.
2.  Kemudian cuci sagu  dan masukkan dalam air mendidih.
3.  Masak sagu berubah jadi jernih sambil kacau . Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. 
4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. (basahkan dulu acuan supaya senang nak di keluarkan)
6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
7.  Pastu tuang susu cair (akak guna Ideal) gula dan ngappppp..makan masa cuaca panas..memang nyaman di tekak


Selasa, Disember 28, 2010

Resepi Sagu Gula Melaka

Kat Kuala Lumpur ni kan ada krisis santan yang dah siap tu.  Ada kedai yang akak panggil makcik santan sampai tak buka kedai selama 2 minggu disebakan tak ada bekalan kelapa.  Kesian sungguhlah.

Hari Khamis lepas akak tenguk kedai santan tu buka jadi akak pun beli lah bebanyak masuk dalam freezer.  Tapi sagu gula melaka tu buat terus tengahari sebab kalau guna santan yang dah simpan dalam freezer kurang umphh..dah selalu buat dah tapi ada orang komen kat gambar kat resepi lama dah hilang.  Nak buat camner ..blogspot tak  bagi letak gambar bebanyak.

Akak ambil resepi dari blog Mat Gebu ajer..senang ajer nak membuatnya..jom layan resepi ni..
Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir-tak letak
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan-di siat-siat
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam (*boleh ganti dengan susu sejat)
Cara Menyedia:-
1.  Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau.
2.  Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
3.  Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. 
4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. 
6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Oleh sebab gelas berkaki tu dah banyak di pecahkan oleh suami, akak dan anak-anak tersayang maka terpaksalah gunakan bekas remekin.  Wah..boleh cari alasan nak beli gelas baru ni.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...