OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat sambal ikan keli berlada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat sambal ikan keli berlada. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 09, 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong @ Ikan Duri

Assalammualaikum semua

Akak terbaca satu status dari kawan blogger yang di komen oleh seseorang pasal dia masak dan ambil gambar masakan biasa biasa ajer.

Samalah cam akak ni, masak yang biasa dihidangkan buat keluarga tercinta dan ambil gambar pun tak pandai nak lawa lawa cam blogger yang famous amos.
Niat dari mula berblog bukan nak jadi popolur tapi nak berkongsi resepi dan cerita ceriti dengan geng ajer untuk kenangan jika akak dah tiada lagi.  


Ikan mayong@ikan duri kat sini murah sesangat terutama masa beli kat tempat ikan baru naik. Seekor yang besar tak sampai pun 5 hinggit.  Akak tak makan ikan ni tapi oleh sebab hb suka makan kenalah masakkan, selalunya akak campur ikan yang lain.

Bahan-bahan
1 ekor ikan keli-potong 2-bersihkan
5 batang daun kesum-diambil daun (kat sini payah nak jumpa daun kesum)
2 batang bunga kantan-di potong 2  
4 biji bendi 
1-2  cawan air asam jawa-ikut suka 
2 batang serai di titik 
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya
Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam 
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk 2 cm halia
2 cm belacan 

Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan bunga kantan.
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di maka

Jumaat, April 06, 2012

Resepi Asam Pedas Ikan Keli

Selain dari ikan keli berlado dan sambal, masak asam pedas pun sedap. Mungkin korang ada cara masing-masing camner nak bersihkan ikan keli.  Akak selalunya rendam jap ikan keli dengan air asam jawa/asam limau pastu baru di bersihkan.  Jangan lupa buang darah beku kat tepi duri ikan tau, kalau tak buang memang bau hanyir.
Kemudian perap lagi dengan jus limau dan sedikit garam, selepas 10-15 minit baru dibilas dan ditoskan.
Bahan-bahan
4 ekor ikan keli-potong 2-bersihkan
5 batang daun kesum-diambil daun 
2 batang bunga kantan-di potong 2 
2 biji tomato-1 biji di dadu halus, 1 biji lagi belah 4 
4 biji bendi 
1-2  cawan air asam jawa-ikut suka 
2 batang serai di titik 
sedikit gula  
minyak masak dan garam  secukupnya

Bahan yang di kisar/tumbuk
8 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam
2cm kunyit hidup/sedikit kunyit serbuk 2 cm halia
2 cm belacan

Bahan tumis
2 biji bawang kecil di hiris
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa bersama tomato yang didadu.
Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan garam,  biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato. 
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api. 
6. Siap untuk di makan.

Khamis, Disember 18, 2008

Ikan Keli Berlada

Ikan keli ni memang jadi kegemaran anak-anak akak..masak macam mana pun..insyallah habis...selalunya akak beli dalam 2 kg. Anak-anak dan akak suka masak sambal....selalunya akak guna cili hidup..oleh sebab cili merah mahal giler...RM15 sekilo....kalau guna mesti 1/2 kilo..jadi akak gunakan cili kering ajelah..tapi kurang umph..lah sikit..

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.
Dah goreng pun dah sedap dah.....akak tak suka masukkan ikan keli dalam sambal..nanti jadi ikan tu lembek..bila nak makan baru akak letak sambal tu....enak di makan bersama-sama nasi panas........

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...