OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak ikan sumbat sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak ikan sumbat sambal. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 19, 2010

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Bila gi ke pasar ramadhan, tak leh tahan kan kalau lalu tempat orang bakar ikan ni. Semerbak baunya..mengancam selera dan anak tekak.
Akak buat lagi cencaru sumbat sambal penyet ni..kali akak bakar dalam oven ajer. Tak kuasa akak nak hidupkan arang. Malas uuuuu. Kalau nak goreng pun boleh yer..kena pastikan minyak banyak dan panas.
Bahan Utama
  • 5 ekor ikan cencaru di belah belakang.
  • Daun kunyit secukupnya
Cara hendak membuatnya
  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan alas dulu dengan daun kunyit dulu baru di bakar dalam suhu 180 C dalam masa 30-40 minit.
  • Enak di makan panas-panazzzz...

Untuk Sambal (akak gandakan 2 kali)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam. (Akak pakai f/p ajer)
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat dalam ikan guna sudu. Kalau tangan tu power tak pijar ..guna ajer tangan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...