OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak ketam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak ketam. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 03, 2015

Kari Ketam Sedap

Assalammualaikum

Firdaus yang paling tak gemar nak makan ketam sebab payah nak makan tapi anak-anak yang lain ok jer.

Oleh sebab suami dan anak suka makan, akak buat derk ajer dengan Firdaus.

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang-kalau tak ada boleh guna serbuk kari ikan
  • garam, dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris

Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu dan terus padamkan api.

Isnin, September 08, 2014

Resepi Ketam Masam Manis

Assalammualaikum semua

Biasalah hari sabtu dan ahad cukup malas nak on laptop.

Ketam kat sini harganya lebih kurang cam kat sana, tapi kat sini beli 3 atau 4 ekor ajer sebab tak ramai. Kali ni masak masam manis, kadang kadang sos tomato, sos tiram dan sos cili tu kita kena imbang dengan selera kita.

Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam-bersihkan dan tos
  • 2 ulas bawang putih *
  • sedikit halia*
  • 1 sudu cili kisar
  • sedikit lada hitam*
  • 1/2 labu bawang besar -potong bulat
  • 4-5 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit air
  • minyak secukupnya
  • sedikit gula

Cara-cara
1. Tumbuk lumat bahan-bahan bertanda *.
2.  Lumur ketam dengan garam dan serbuk kunyit.
3.  Masukkan minyak dan goreng sehingga ketam separuh masak dan keluarkan.
4.  Keluarkan dan tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
5.  Masukkan cili kisar dan kacau lagi baru di masukkan semua sos dan air.
6.  Masukkan sedikit gula dan imbang rasa masam dan manis baru di masukkan ketam dan bawang besar.
7.  Jika nampak pekat boleh masukkan air lagi sedikit.  Angkat setelah puas hati dengan rasanya.

Rabu, Januari 01, 2014

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum

Tentu tengah berehat di petang hari bersama keluarga ataupun tenguk tv ..merehatkan diri selepas penat bekerja dan bagi suri rumah cam akak selepas penat kemas umah dan masak untuk keluarga tercinta.

Jom masak lauk ketam..kali ni akak campurkan dengan daun selasih.  Anak anak tak suka bau daun ni tapi akak sukalah pulak.

Bahan-bahan
4 ekor ketam-potong 2 dan bersihkan
1/2 cawan santan pekat
3-4 cawan santan cair
1 cekak daun selasih
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 

Bahan-bahan
1.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.  (Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
2.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama bersama serai dan biarkan mendidih baru di masukkan santan cair.  
3.  Kacau selalu dengan api yang kecil.
4.  Bila mendidih masukkan daun kunyit, daun selasih dan asam keping bersama santan pekat serta sedikit garam.
5.  Biarkan masak sehingga 10 minit dengan api perlahan dan bolehlah di padamkan api bila dah rasa cukup rasanya.  Hidangkan dengan nasi panas, ikan masin dan sambal belacan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...