OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi kari ketam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi kari ketam. Papar semua catatan

Khamis, April 26, 2018

RESEPI KARI KETAM TUMIS DARAT YANG SEDAP

Assalamualaikum semua

Makin dekat semakin banyak pulak kata mengata dalam dunia politik.  Naik geram bila ada yang membodohkan dan memaki hamun sesama orang islam.




Suka sangat membodohkan orang lain padahal diri sendiri bukannya pandai pun. PRU 14 ni banyak orang menggunakan medium sosial media demi mendapatkan perkembangan terkini.

Belum lagi penamaan calun, dah mula netizen berbalas komen di mana, dah tentulah mereka penyokong tegar tak suka bila parti mereka di kecam.


Selalunya akak suka masak lemak cili api ketam campur nanas, kali ni nak tukar selera pulak.  Kebetulan rempah kari ikan yang beli kat Kepala Batas ada lagi, dah tentu kari lagi umphh.

Ada dua cara masak camni, ada yang suka lebur ajer rempah kari dalam rebusan ketam, akak lebih suka tumis dulu bawang, halia dan rempah, lagi kaw rasanya.


Berdasarkan pengalaman otai-otai dalam bidang masakan, masak kari ketam cara tumis darat ebih sedap daripada cara tumis biasa di sebabkan aromanya lebih wangi.

Bahan utama dah tentulah
4 ekor ketam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar rempah kari ketam/udang/ikan
minyak secukupnya
air 2 cawan
2 biji cili hijau
garam

Bahan tumbuk
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan tumis darat

1 sudu kecil halba
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang merah-hiris
1 biji bawang putih-hiris
3 cili kering-optional
minyak untuk menumis


Cara-caranya:
1. Buang kulit ketam dan basuh ketam,
2. Masukkan ketam dan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan rempah kari bersama sedikit air, gunakan api perlahan sehingga terbit minyak.
4. Bila mendidih masukkan santan, cili hijau dan garam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali dan umis bahan-bahan tumis darat sehingga garing. 
6. Tuang bahan-bahan tumisan tadi di dalam kuah ketam. Tutup  periuk agar bau aroma  bahan-bahan tumisan bercampur dengan kari ketam.
7. Kacau rata sebelum di hidangkan

Jumaat, Julai 03, 2015

Kari Ketam Sedap

Assalammualaikum

Firdaus yang paling tak gemar nak makan ketam sebab payah nak makan tapi anak-anak yang lain ok jer.

Oleh sebab suami dan anak suka makan, akak buat derk ajer dengan Firdaus.

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang-kalau tak ada boleh guna serbuk kari ikan
  • garam, dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris

Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu dan terus padamkan api.

Isnin, Disember 31, 2012

Kari Ketam

Assalammualaikum semua
Semalam memang mood merudum ..tak mood nak update blog..dapat pula sms ada rakan blogger telah meninggalkan dunia yang  fana ini.  Teman blogger yang selalu akak jumpa di event Nuffnang ..DD yang peramah dan kelakar. Banyak kenangan bersama arwah yang indah untuk di kenang.

Al fatihah buat arwah..semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Firdaus tak suka ketam..susah nak makan..tapi anak lain ok pulak..5 - 1 tentulah Firdaus yang kalah kan.  Selain dari masak sup akak suka gak masak kari ataupun masak lemak cili padi.

Pastu goreng sayur dan ikan sepat masin..memang makan tak pandang kiri dan kananlah jawabnya.  Kuah lebihan tu leh di cicah dengan lempeng kelapa ataupun cekodok.


Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

Ahad, Mac 29, 2009

Resepi Kari Ketam

Dah lama tak makan kari ketam...sekarang ni harga ketam mahal sesangat...kenapalah barang-barang makanan ni tak turun harga..kesian pulak dengan orang-orang yang berkemampuan...udang, sotong dan ikan kat kuala lumpur dah tak ada bawah RM10.00..

kalau ada pun yang kecil dan dah teruk rupanya...entahlah..kesianlah mereka ni..dah kat kuala lumpur ni rumah sewa mahal sesangat..kalau setakat gaji bawah RM1,200 tu ...anak-anak pula 3 orang memang isteri kena kerjalah...nak bantu suami...apasal akak membebel pulak ni..jomlah kita masak...

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ikan
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, dan minyak secukupnya
Bahan tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
Cara-cara

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu barulah di masukkan asam jawa dan terus padamkan api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...