OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak lemak cili api. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak lemak cili api. Papar semua catatan

Ahad, September 29, 2013

Resepi Masak Lemak Cili Api Perut Tembusu Dan Nangka

Assalammualaikum

 Kalau tembusu masak lomak dengan rebung masam  lagi umphhh tapi tak jumpalah pulak...jumpa nangka ajer.

Bahan-bahannya
  • 200gm usus lembu (perut tembusu)
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 1 pelepah nangka (1/3 dari sebiji nangka)
  • 300ml santan pekat di campur dengan 150ml air
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit - di siat dan dikat
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya
Cara-caranya

1. Potong usus lembu anggaran 1-1 1/2 inci, bersihkan  dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Siang nangka dan rebus sampai lembut. Toskan.
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu yang telah lembut.
5. Masukkan santan dan serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
6. Masukkan nangka,  daun kunyit, garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..

Rabu, Disember 23, 2009

Resepi Masak Lemak Cili Api Tembusu Campur Rebung

Dah pernah dah masak masak lemak perut tembusu ni dulu...tapi dah lama dah..masa tu masak dengan nangka..kali .akak teringin pulak nak makan lagi ..tapi campur dengan rebung ...pergi ke Pasar Tani kalau lambat selalu habis perut ni...ramai jugak yang suker makan rupernya...tapi tak leh makan selalu. 
Bahan-bahannya
  • 1 kg  usus lembu (perut tembusu)
  • rebung masam-beli dalam anggaran RM1.00
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 2  inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya
 Cara-caranya

1. Basuh bersih perut tembusu  dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Setelah lembut..toskan dan potong 1-1 1/2 inci. 
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu dan rebung.
5. Masukkan santan, air, serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
Biarkan dalam 10-15 minit.
6. Masukkan garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..
 Dah masak lama dah lauk ni...rasanya belum tepek lagi..dah ambil gambar rugi tak tepek.

Ahad, Januari 18, 2009

Masak lemak cili api perut tembusu dan nangka

Sebenarnya dah masak lauk ni lama dah..tapi lupalah pulak nak masuk dalam blog..masakan orang negeri sembilan memang tak pakai bawang baik bawang kecil atau bawang putih....ada orang kata tak elok makan organ dalaman ni..tapi tak apa...sekali-sekali...aduh kalau masuk cili api bebanyak boleh gi ke bilik air aje tau....

Bahan-bahannya
  • 200gm usus lembu (perut tembusu)
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 1 pelepah nangka (1/3 dari sebiji nangka)
  • 300ml santan pekat di campur dengan 150ml air
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya
Cara-caranya

1. Potong usus lembu anggaran 1-1 1/2 inci dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Siang nangka dan rebus sampai lembut. Toskan.
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu yang telah lembut.
5. Masukkan santan dan serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
6. Masukkan nangka, garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...